Jumaat, November 03, 2023

Drama Chinese: Love is an Accident


 
Tajuk: Love an Accident 
Bilangan Episod: 32 episod
Lakonan : Xing Fei (My Girlfriend an Alien) Xu Kai Cheng, Xu Fang Zhou, Fang Dou 
Genre: Time Travel, Classic, Wuxia, Modern, Drama
Channel Tayangan: iQiyi

Sinopsis Love an Accident (2023) 

Kerana sebiji batu meteor, Li Chu Yue berjalan merentas masa ke zaman dahulu disyaki sebagai assasin oleh Tuan Muda, Yunwei Villa, An Jing Zhao. Demi menyelamatkan diri, Chu Yue menurut setiap suruhan Jing Zhao sehingga mengumumkan bahawa mereka adalah suami isteri. 
.


Review love and Accident 

Lama bebenor le bete tak tengok drama cina ni kan. Sejak tonton Back from the Brink pahtu dah tak ada yang latest menarik minat. Entah ler. Sehingga hari tu ternampak Xu Kai Cheng ni dalam drama ni  Ehh, Hero pujaanku la. Maka bila tengok okay, ons la layan sampai sudah. 

Quite interesting parallel drama macam ni  bila dia dari masa moden nak stabilkan diri di masa lalu. Senang je sebenarnya kan, sebab masa hadapan dah banyak kemajuan. Tapi nak selamatkan diri dari mulut-mulut anasir itu payah. 


Chu Yue pulak seorang fashion designer muda yang bercita-cita membina nama di empayar fashion dengan membawa fashion classic chinese. Jadi bila dia time travel tu, macam inspirasi besar dia untuk melihat sendiri design-design baju mereka. 
.

Nasib dapat habiskan juga drama yang berkisar time travel dan Jing Zhao pulak seorang tuan muda dari clan yang disanjungi. Banyak sangat orang nak bunuh dia dan iri dengan kebolehannya. Even adik dia sendiri, Jing Ling cuba nak take over semua milik abang dia dengan menguasai ilmu syaitan. heee, geram je laa. Orang buat baik ngan dia dibalas tuba. 
.

Drama ni boleh dikatakan agak ringan jugak sebab plot dia santai je. Pasal hasad dengki, gaduh adik beradik diselitkan dengan romance antara Jing Zhao dan Chu Yue. But, ending dia like  Mehhh? Mehhh? Meh?? 
.

Korang nak tengok boleh tengok di iQiyi apps tau. 


Ps: google analytic tgh tak best la push ini... 

Drama lain Xu KaiCheng: Well Intend Love

Isnin, Oktober 30, 2023

Hari ini dalam kenangan



30 Oktober 1937 lahir seorang yang sangat dirindui dan dinanti. Kini beliau sudah tiada lagi. Word yang paling aku ingat sampai sekarang which is — tiada apa yang boleh selamatkan kita melainkan dengan zikrullah dan solat. 
.

Dulu pernah lalu masa 'kuarantin' di mana ubat gigi safi bahan utama untuk bersihkan diri. Tiada fikir lain. Fokus dengan ibadah. Bangun seawal pagi tahajud merintih semoga dipilih menjadi ikhwan yang dirindui oleh baginda Rasulullah SAW. Semoga diri terpilih untuk berbaiah pada Imamul Mahdi. Jika tertinggal tahajud, tak layak untuk berbaiah padanya. Padahal, tahajud tu solat sunat je. 
.

Kini, setelah 16 tahun meninggalkan kehidupan itu, aku rindu. Hampir saja aku meninggalkan semuanya padahal, jika tak mampu buat semua jangan tinggal semua. 🥲 
.

Jauh di sudut hati aku sedih dengan diri aku terlalu lagha dengan dunia sedangkan di sana kita semua menanti hasilnya. Di sini, aku menanam benih-benih dosa yang orang lihat sepertinya berkongsi benda yang melalaikan. 
.

Kita tahu, tapi buat-buat tak tahu. Pernah rasa hidup bergantung 100% dengan rezeki Allah. Tetap juga buta mata. Once again - ketakutan itu mula bermain segenap jiwa dan berharap agar jasad kuat melawan mazmumah dan nafsu dan segera bertaubat. Kita dah tak lama! Naiknya sang liberal sebagai pemimpin, saat itu — kata Abuya Malaysia ini tidak lagi kita punya. Jangan kata main-main la kita hidup dengan zikir sahaja. Lihat semua empayar ekonomi dunia yang dikuasai oleh kafir itu. Seram. Semua dah jadi darah daging kita tanpa sedar. Asbab susahnya bangun solat. Asbab susahnya bertaubat. Asbab egonya dengan Allah. Astagfirullah al adzim. Ampunkan kami ya Allah. 
.

Hari ini, entah kenapa seawal jam pagi susah bernafas dan bersin-bersin kerana hidung tersumbat. Padahal aku baru hendak lelapkan mata leka dengan drama. Hendak sambung tidur seperti tidak cukup nyawa. 

Beberapa hari lepas, aku bercakap dengan adindaku. Hendak ganti puasa yang lama sejak bersalinkan Nayla. Banyak sangat hutangnya. Cukup saja hutang solat, tambah lagi hutang puasa. nauzubillah min zalik jika nyawaku diambil apa aja aku punya di sana kelak? 
.

Nah, untuk hari tiada air ini, seperti percaturan Allah itu hebat. Semoga Nur kuat sehingga hujung hari. Day one of ganti puasa. Semoga kita semua diberikan kekuatan mental dan jasad untuk bertaubat dan beribadah. Jika dikhabarkan esok akan mati, pasti hari ini takkan ada di media sosial. Pasti takkan sempat melakukan apa saja. Hanya merintih agar diberi peluang untuk bersedia segala bekal. Seperti mana aku mengumpul berbekas air untuk kesediaan 23 jam. Jika mati? 
.

Mana kau nak ganti solat kau? 
Mana kau nak puasa kau? 
Mana kau nak bayar semua hutang-hutang kau? 
Sempat kah? 
Sekira masih bernafas, lakukan segera duhai diri. Kamu harus kuat demi kehidupan yang lebih baik di sana. 
Mau berbahagia dengan pasangan dan keluarga kecilmu di syurga Allah. 
.
Anakku Muhammad — perginya kau saat aku kata mahu hadiahkan dirimu pada orang lain sekira lahirnya kamu. Tak sempat ibu merasa punya buku pink kamu pergi. Ibu tanpa perasaan sedih dan air mata berasa lega. Kini, dihantui rasa bersalah. Maafkan ibu nak. Nanti kita jumpa di sana ya. Selamatkan ibu dan ayah serta kakak, abang dan adikmu ini. 
.

Kami tak mahu terus alpa di dunia. Kami takut jika kematian berakhir dalam kemurkaan. Nauzubillah min zalik

Ya Allah,  
Hidupkan lah kami dalam iman, 
Matikan kami dalam iman. 
Semoga apa yang aku pernah belajar dulu dpat diterapkan semula dalam kehidupan tanpa culas. Aamiin. 


Coretan hati rindu. 



Isnin, Oktober 16, 2023

SANTAI PETANG DI STALL BUBUR AYAM KONGEE

 



Santai petang di Stall bubur Ayam KonGee, Nusabayu 


Wahh, lama benaran tak lepak di luar ni kan. Rezeki hujung minggu, adik kelapangan maka kami keluar ambil angin di sekitar Iskandar Puteri dan terjumpa one of the best bubur  favorite local, Stall Bubur Ayam KonGee (Kon-Ji)  yang terletak betul-betul berhadapan dengan My Dobi dan berlatar belakangkan Bayu Angkasa Apartment. 

Dia kan sebenarnya macam nak cari kudapan yang mengenyangkan, maka terjumpa ayam gunting di sini. For me — yang dah lama tak makan Ayam Gunting ni, pandai betul depa ni goreng kasi ranggup walaupun dah setengah jam lepas pembelian. Ayam goreng depa pun sedap dan besar. 
.

Special menu Bubur Ayam KonGee 

Bila dah mencuba seharusnya kita cuba yang special di sini. Selalu kalau saya cari sup atau berkuah memang suka Bakso, maka di sini saya mahu cuba Bubur Bakso Special yang lengkap dengan bebola daging, kacang, daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan. Jika korang pengemar pedas, boleh cuba gaul bersama sambal kicap resepi rahsia mereka. Sedap la kata adik saya tu. Untuk saya — hehe not a big fans of spiceness. 

Bubur Bakso Special 

Nayla yang juga kebiasaan not a big fans menu begini jadi habis setengah mangkuk dia bedal sorang.  Katanya sedap~ tekak budak nak menipu ke? hehe 

Kongsi berdua dengan adik, memang jadi kerja mereka berdua. alhamdulillah kenyang anak-anak ibu. 
.
Selain daripada itu, Stall Bubur Ayam KonGee juga menyediakan Bubur Ayam Special yang cukup berbaloi dan kenyang jika pekena pada hari hujan. 


Apa yang special bubur Ayam ni adalah bilamana dia sudah ada cebisan isi ayam, dilengkapi pulak dengan meatball serta ayam goreng sebagai topping. Belum kira lagi rencah sampingan seperti kacang, daun sup dan bawang goreng. Kemudian, diiringi dengan sambal kicap serta chili flakes. Memang sedap la cerita dia kan? I was tried for a bite, and.. Phewww~ boleh tahan KonGee.. Terbaik! 
 

The other thing yang kami cuba adalah set combo ayam gunting dan potato wedges serta sotong king. Quite murah jugak kan? For me sebab bukan selalu makan. 


Duduk healing-healing sambal layan sunset sekejap, ambil angin bersama anak-anak and put down our phone, memang seronok rasanya. Sembang sambil layan dorang makan. Saya rasa gembira bila tengok mereka makan. Nasib sempat snap gambar sosej jumbo tu. Sampai saja di meja, masing-masing berebut nak makan. Ayam gunting pula, saja minta kurang pedas. Cukup sekadar serbuk lada putih sebagai rencah, anak-anak makan sehingga habis. 
.

Pembukaan cawangan baru Stall Bubur Ayam KonGee 


Stall Bubur Ayam KonGee Nusabayu

Korang boleh cuba bubur Ayam KonGee ni di stall mereka sama ada di: 

📍 Berhadapan dengan MyDobi Nusabayu, Iskandar Puteri 
⏰ 3.30 Petang sehingga 10 malam 

Atau 

📍 45D, Jalan Nusaria 7/4, Taman Nusantara, Gelang Patah 
⏰ 3.30 petang sehingga 10 malam


Sekiranya tiada kelapangan di area Gelang Patah, korang juga boleh order ikut Foodpanda juga tau. 

Nak buat tempahan sebarang majlis pun boleh, hanya hubungi nombor yang tertera di bawah: 

📞 012-2448099


Selamat mencuba Bubur Ayam KonGee! Doakan mudahan mereka dapat kembangkan lagi bisnes mereka ke seluruh pelusuk Johor.