Sabtu, Januari 06, 2024

First entry of 2024

 


Yo bihh,, ne kawu pergi lama lalu sik nampak sitok ehh? Pa habar hawu tek?? 

.

Up and down geng... Lelah nyawa sik tauk di penat apa. Udah recharged, terus low bat agik. Kedak dah jammed jak charger aku tok. HAHA 

.

Happy Weekend for uolls, jika ada yang masih membaca my blog post ni, semoga awak baik-baik saja. Saya? Tahu ni tak ada azam, sebab azam tahun lepas lepas madih tertunda. Tahun ni cuma nak hidup baik-baik saja. Nak berdamai dengan setiap perkara yang berlaku. Nak cuba upgrade dari apa ada sekarang. Eh, tu bukan azam ke? Hehehe 

.

First week of January 2024 = semuanya baik-baik saja. Alhamdulillah, masih punya umur panjang. Masih boleh bernafas walau ada hari terkadang susah juga dek hidung tersumbat. 

.

Sejak kes covid mencanak naik hari tu, aku demam. And tak terfikir nak swab test sebab rasa macam tak ada ke mana melainkan dari kampung suami. Sekali adik koi buat swab test beberapa hari aku cakap aku demam on off, deria rasa dan bau semua tak ada. Biasa demam sehari je dah baik. bwahaha Dia yang positif! Adehhh sian pulak haa. Aku buat dua kali negatif pulak. Yola, dah sehat dah ha. Nak positif mende nya. Sekarang ni dia macam 4-5 hari je dalam sistem pahtu dah negatif balik. Hadap je la hidup dalam zaman pandemik ni. 

.

Anak-anak semua okay je, alhamdulillah. 

.

Memburu 'Zero Kilometer' di tahun baru


Disember lalu, geng kaki travel bagi idea baru untuk mereka yang suka nak berjalan tapi tak tau nak ke mana. Aku tak tahu tentang ni, tetiba suami mengajak tahun baru hari tu untuk memburu batu pengukur 'Zero Kilometer' di sekitar Johor. Bila aku periksa semula, ada brother ni kongsi lebih daripada 10 batu pengukur 0KM di sekitar Johor. Banyak ui. Dan ni antara yang kami dah jejak. 
.


0KM Bandar Johor Bahru - berhadapan dengan pejabat pos Malaysia. 

Yang ni memang tarikan orang luar kalau ke Johor. Mesti singgah untuk ambil gambar. Dulu memula datang ke mari, suami kata tak payah la sibuk nak gambar sini. Sudahnya dah beranak pinak gigih bawa tripod untuk misi memburu ni. 

Adakah kami orang luar jugak? Haha tidak la, dah lama menetap. Mereka berempat IC semua 01. Aku aje sesat 13. 



0KM Tanjung Piai, Pontian 

Batu pengukur ni terletak di jalan masuk ke Tanjung Piai National Park. Pada mulanya kami tak nampak. Ingatkan di DALAM sana nu, rupanya luar ni. Gigih menanya dengan staf dan dia pun tak tahu. Benda ni kalau tiada siapa kongsi memang takkan ada yang tahu. Begitu la lumrah kan. Ilmu untuk dikongsi. Dan aku randomly kongsi pengalaman kami saja. Bukan acah pandai. Hehe 


0KM Kukup - Depan rumah orang, menuju ke Bas Sentral Kukup 

Masa kami pergi, hujan lebat. Terlepas batu pengukur ni. Kemudian suami ajak lepas di Marrybrown Kukup sementara tungguh hujan reda. Kegigihan ye seketul mink ni. Anak-anak pun layan la mak pak dia begitu janji deme dapat jalan-jalan sekali. 
.

next destinasi ke mana kah kita? 

0KM Batu Pahat
0KM Segamat
0KM Muar
0KM Bekok 
0KM Kong Kong, Masai

.

PS: dalam jalan2 group tu, tetiba jumpa gambar Sunah Sakura di 0KM Kong Kong  hahaha 

Sabtu, Disember 09, 2023

December - last month of 2023

 



Allahumma solli ala muhammad — dia punya lama tak singgah ke mari tu masya Allah. Sehat dak tu ui? Koi opening December ni kacau sikit la, pasai a lot happen tapi kita simpan sampai semuanya selesai dahulu dan yah,  diuji dengan ujian kesihatan. Dalam banyak-banyak nikmat yang sering manusia alpa terutama aku iaitu nikmat sihat ni. Allahu akbar, bila dah sakit sibuk dok merintih ngan Allag kenapa la sakit. Aku capek~ still Allah bagi jalan keluar pada kau. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah hingga nafas terakhir. 
.

Lagipun hari tu, pakat dok hujan jaa, koi pun malas la nak menulis benda. Ya la, kita ni dok update ikut phone, bila dok pegang phone dia ralit dengan bermacam benda dan apps. Sampai dia lupa niat sebenarnya dia pegang telefon tu. Begituu la kita, boleh ada rezeki lagi nak pinang satu apa yang dihajati. in shaa Allah nanti, mudahan ada rezeki. 
.

Marathon drama sebanyak tidak


Bila dia dok bukak satu satu apps, pahtu dia leka dengan drama. Begitu la dia. Ni pun berderet lagi konon nak buat review, tak jugak taip taip. yadoi seketul kapisah! 
.

Masing-masing serba serbi cuba nak wrap sebaik mungkin 2023 dengan pelbagai kenangan yang manis, cuba nak tinggalkan 2023 dengan baik walaupun hakikat tahun demi tahun sejak pandemik sangat sukar untuk everything gonna be find. 
.

Selagi punya nafas, lalui dengan baik. Selagi masih bernyawa bersyukur selalu dengan istighfar semoga segala amal ibadah kita lakukan diterima olehNya. 
.

Panjang tadi nak story, terlupa dek anak nangis tak sehat. Korang jaga diri, dengar khabar covid pun tengah mencanak naik. Semoga Allah pelihara kamu semua. Till the next entry ~


20/12/23

Dah update entry ni, heran kenapa tak ada view. Sikit pun jadi la, rupanya domain lupa bayar. Adehhh, baru bayar haaa wujud pun dikau. Apalah bayar domain, tapi tak rajin menulis. Apa daa



Jumaat, November 03, 2023

Drama Chinese: Love is an Accident


 
Tajuk: Love an Accident 
Bilangan Episod: 32 episod
Lakonan : Xing Fei (My Girlfriend an Alien) Xu Kai Cheng, Xu Fang Zhou, Fang Dou 
Genre: Time Travel, Classic, Wuxia, Modern, Drama
Channel Tayangan: iQiyi

Sinopsis Love an Accident (2023) 

Kerana sebiji batu meteor, Li Chu Yue berjalan merentas masa ke zaman dahulu disyaki sebagai assasin oleh Tuan Muda, Yunwei Villa, An Jing Zhao. Demi menyelamatkan diri, Chu Yue menurut setiap suruhan Jing Zhao sehingga mengumumkan bahawa mereka adalah suami isteri. 
.


Review love and Accident 

Lama bebenor le bete tak tengok drama cina ni kan. Sejak tonton Back from the Brink pahtu dah tak ada yang latest menarik minat. Entah ler. Sehingga hari tu ternampak Xu Kai Cheng ni dalam drama ni  Ehh, Hero pujaanku la. Maka bila tengok okay, ons la layan sampai sudah. 

Quite interesting parallel drama macam ni  bila dia dari masa moden nak stabilkan diri di masa lalu. Senang je sebenarnya kan, sebab masa hadapan dah banyak kemajuan. Tapi nak selamatkan diri dari mulut-mulut anasir itu payah. 


Chu Yue pulak seorang fashion designer muda yang bercita-cita membina nama di empayar fashion dengan membawa fashion classic chinese. Jadi bila dia time travel tu, macam inspirasi besar dia untuk melihat sendiri design-design baju mereka. 
.

Nasib dapat habiskan juga drama yang berkisar time travel dan Jing Zhao pulak seorang tuan muda dari clan yang disanjungi. Banyak sangat orang nak bunuh dia dan iri dengan kebolehannya. Even adik dia sendiri, Jing Ling cuba nak take over semua milik abang dia dengan menguasai ilmu syaitan. heee, geram je laa. Orang buat baik ngan dia dibalas tuba. 
.

Drama ni boleh dikatakan agak ringan jugak sebab plot dia santai je. Pasal hasad dengki, gaduh adik beradik diselitkan dengan romance antara Jing Zhao dan Chu Yue. But, ending dia like  Mehhh? Mehhh? Meh?? 
.

Korang nak tengok boleh tengok di iQiyi apps tau. 


Ps: google analytic tgh tak best la push ini... 

Drama lain Xu KaiCheng: Well Intend Love