Ahad, Mac 03, 2024

Buffet Ramadhan by Dapo Mokcik Kopi Pokcik

 


Buffet Ramadan di a Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Allahumma solli ala muhammad, semalam ada rezeki bawak anak-anak mencuba Buffet Ramadhan Preview dianjurkan oleh Dapo Mokcik Kopi Pokcik. Sekian lama teringin nak makan di situ, tak ada peluang lagi. Orang kata, dekat-dekat tu la susah nak pergi. 


Dari rumah jam 6.30 petang, nampak dekat tak sampai 10km pun tapi nak hadap jammed menghala ke Pontian serta susur ke Tun Aminah tu adeh adeh, lapar jadinya.  Alhamdulillah sampai la juga. Kalau bulan puasa tu, nak berbuka di sini lagi, kena keluar awal. Atleast, before 6.30 petang la. Semangat nak berbuka la katakan. 


Dapo Mokcik Kopi Pokcik mula pesat berkembang semenjak PKP oleh suami isteri yang suka memasak dan membuat kopi. Sweet kan? I olls suka vibes kedai dia ni, tenang sambil-sambil layan pemandangan jammed di hadapan kedai. Ada port OOTD buat mereka yang gemar bergambar. 
.

Untuk buffet Ramadhan yang dikelola oleh Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni totally air tangan Mokcik sendiri dengan harga yang mampu milik jika kita malas nak masak. Keyword dia si isteri nak relax-relax macam I ni haa, seronok sesekali dapat masakan rumah tapi di tempat selain rumah sendiri. 
.

Boleh juga dikatakan Buffet Ramadhan di sini lebih kurang vibes kita small gathering orang gitu. Atau someone who cooks for us laa. I suka sebab santai aje. No worries no rush. Kalau nak solat pun ada tempat solat disediakan, korang bagi kaum waniga cuma perlu bawa telekung siap-siap je la ye. 
.

Menu Buffet Ramadhan Dapo Mokcik Kopi Pokcik 



Menu utama untuk buffet ini akan bertukar setiap minggu, jadj kalau korang nak menu tertentu berdasarkan selera korang, datang la pada minggu tersebut. 



Apa yang penting sekali signature Dapo Mokcik iaitu Daging Palembang wajib ada tau. Selain daripada itu Nasi Lemak Basmathi serta lauk-lauk lain juga ada.


Tak mahu makan nasi? Ya, ada juga signature lain dari Mokcik ni. Mee Kari cukup padu rasanya dan sesuai untuk mereka yang memiliki kapasiti tong perut kecil. Ngam dan semangkuk ni. 


Deretan kuih muih yang cukup menarik selera. Tak payah banyak. Apa yang aku imagine berbuka di Dapo Mokcik ni, ada lah tagline, Hari ni aku malas nak masak. Jadi nak makan orang lain masak. Ahhh, memang okay saja semuanya. 


Set up khas untuk buffet Ramadan ini saja. Jadi kalau korang nak buat tempahan boleh skrol ke bawah untuk dapatkan number untuk di hubungi. Siang hari semestinya tak beroperasi. Cuma seawal jam 6 petang Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni akan dibuka untuk mereka yang ingin berbuka puasa di sini. 


Side klasik yang aku suka. Setiap kali berbuka mesti nak air kosong, air sejuk sejenis dan air panas sejenis. Ha, dah memadai untuk hilangkan kehausan berpuasa tadi. 


Selain Nasi lemak Basmathi ada juga nasi putih berserta lauk pauk yang bakal bertukar setiap minggu ni. Di antaranya adalah Asam Pedas Ikan, Sayur Labu masak lemak, Lemak cekur Pari dan lain-lain lagi. 
.



Dapo Mokcik Kopi Pokcik seperti dinyatakan atas tadi, mula beroperasi dari 14 Mac sehingga 8 April dari jam 6 petang untuk berbuka puasa. .

Untuk dapatkan tempahan boleh hubungi Mokcik seperti nombor yang tertera. Korang juga boleh Waze Dapo Mokcik Kopi Pokcik untuk tanda arah. Pesanan ikhlas, jangan lambat sangat datang sebab dikhuatiri sesak di hadapan kedai. 😊 
.

Korang juga boleh follow Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni di media sosial lain untuk menu yang lebih menarik lagi.


Facebook Page: Dapo Mokcik Kopi Pokcik




Selamat berpuasa semua! 











Khamis, Februari 29, 2024

Marry My Husband (2024)


 Title: Marry My Husband 

Genre: Romantic, Drama, Revenge 

Episod: 16 

Cast: Na In Woo, Park Min Young, Lee Yi Kyung, So Ha Young, Lee Gi Kwang, Gong Min Jeung, Go Hyu Ri

Sinopsis: Seorang wanita, named Kang Ji Won witnessed affair between her husband and her best friend, and murdered by them. she had goes back in time and had chance to changes her future. 

.

Marry My Husband (2024) 

Marry My Husband korea drama diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama mengisahkan tentang seorang wanita bernama Kang Ji Won sedang kronik dengan penyakit kanser perut. Alih-alih dia menyaksikan suaminya, Park Min Hwan dilakonkan oleh Lee Yi Kyung bercanda (curang) dengan kawan baiknya sendiri Jung Soo Min dilakonkan oleh So Ha Young. Lagi menyedihkan apabila mereka mentertawakan dirinya serta menyuarakan ketidaksabaran melihat Ji Won mati demi duit insurans milik Ji Won. 
.

Berhadapan dengan mereka, Ji Won terlalu sedih dan terasa back stab oleh kedua mereka, dia ditolak oleh Min Hwan secara sengaja dan mati akibat hentakan kuat pada meja kaca. 
.

Diberi peluang kedua untuk mengubah nasibhya sendiri, Ji Won mula membalas dendam satu persatu agar nasib buruknya itu berpindah kepada Soo Min. 
.

Tanpa menyangka rupanya majikannya juga, Yo Ji Hyuk turut diberi peluang kedua demi membantu Ji Won menjayakan misi balas dendam. 
.

Review Marry My Husband 

Walaupun banyak spoiler la juga, aku tetap berpuas hati menonton drama ni sejak berapa lama meninggalkan dunia kdrama. Last aku tengok rasanya All Us Dead dulu. Dengan Park Min Young sebagai tunjang utama dibantu oleh Na In Woo aku rasa cukup padu dan sangat menjadi kimia mereka berdua. Boleh di katakan Park Min Young ni banyak bawak watak yang sedemikian, aku cukup suka dengan karakter beliau jika dibandingkan dengan pelakon seiring beliau. 
.

Ha, gitu review skema aku. Over all berpuas hati dengan ending dan ramai fans cakap drama dia sama saja dengan webtoonnya even ada watak tak guna di hujung series. 
.

Boleh la look forward lakonan Na In Woo yang dipanggil Giant Maknae di kalangan pembantu di layar belakang. 
.


Next drama apa lagi nak tonton? Ramadan bakal tiba, jom banyakkan berzikir dan ibadah la ye. 


Rabu, Februari 28, 2024

Big Daddy's Cafe - Zon Nyaman yang perlu diterokai


 Selamat datang ke Zon Nyaman~ 

Itu la kita kan, nama aje blogger ke so called content creator tapi aku ni tak tau kewujudan kedai Big Daddy's Cafe ni till suami bawak kelmarin. O MG! Terus fallen in love dengan vibes dia. Ikutkan rate di google, instagram dan tiktok, rata-rata mengatakan memang sedap, rate harga berpatutan dan vibes kedai makan yang selesa. 

.

Kami tiba di situ sekitar jam 5.30 petang.. Sunyi lagi. Macam ragu-ragu nak masuk. Padahal kedai ni dibuka seawal jam 12 tengahari sehingga 12 malam


Big Daddy's Cafe - coffee & western food 

Est from 2015 dan dari bangunan kedai mereka berpindah ke sebuah banglo (aku kira) dan direnovate as tempat makan. Dibuka pada setiap hari kecuali Rabu
.

Bertempat di 82, Jalan Ledang, Taman Johor, Johor Bahru memang ngam ngam soi aje. Cuma  korang kena brisk walk sikit la nak ke tempat makan tu. 🤣 
.

Servis mereka lebih kurang seperti layan diri dan makan. Haa gituu. Ko tunggu aje la mereka hantarkan makanan. Sambil-sambil tu boleh la romantize kan your life, our macam aku snap picture anak-anak dengan view yang lawa dan so bright gituu.. 



Korang duduk saja, kan ada waitress datang bagi korang kertas QR code untuk menu. Pilih la dalam tu nak makan apa. Anak-anak sibuk nak tengok menu apa ada dalam tu. For me, rate harga dia memang not bad at all jika perginya sesekali. haa, gituu.  
.

Menu yang dicuba di Big Daddy's Cafe 


NACHOS CHEESE 
RM13 

Ini memang appetizer ngam kalau datang petang. Sambil tunggu main dish sampai korang layan dulu ni. Anak-anak suka ajr la sebab nachos tu macam keropok plus cheese and mayonis dia.   Marvelous! 



Keropok Lekor Cheese 
RM10

Ini pulak kegemaran aku dan saja buat kudapan anak-anak. The problem is anak aku ni sampai tempat makan dia bukan nak makan betul. Dah tak habis kita tapau, elok aje dia makan sehingga menjilat jari siap tanya ada lagi tak? Aiguuu  anak.. 
.

Keropok lekor garing plus mayonis and cheese sos dia, aku ni kan mudah please. So memang sedap! 😘
.


dari kiri: Passion Fruit Drink ibu punya, Banana Smoothie for kids, Latte Apaknya punya.

RM 7, RM 12 (mungkin laa) 


Konsep kedai sekarang jimat kos manusia bekerja, guna konsep pakai buang macam ni, kita nak bawak balik kalau tak habis pun angkut saja. Rate air - Yihhhh, nanya lagi! Sedap laaa bahh.. Terutama banana Smoothie.. Marvelous wehhh!! Air tu je habis di kedai, dua lagi bawak balik. Haha 
.


Nasi putih Kambing Bakar
RM23 

Again! Sedap! Cuma kena makan laju-laju sebab kambing bakar dia sejuk dah tak sedap. Untuk tong kecik macam aku, kambing dia too much untuk nasi secoet tu, buatkan aku teringat adik bongsu aku. Weh, kalo deme datang JB bawak ler deme ke maghi.  Kata aku pada husband. haaaa, kalo hari tak jammed la ek. 
.


Nasi ayam penyet 
RM13 ke RM17 gituu laa

Husband macam biasa menu tekak melayu banjar dia, mana-mana kalau ada ayam penyet itu aje la dia. Komentar dia, ayam okay sedap. Cuma sambal tak kicked! Ehh, orang kuat pedas ni sambal mau padu..  Aku, no thanks la ek. Haha 
.

Last but not least, untuk anak-anak yang sudahnya ibu ayah juga habiskan. 


Chocolate oreo bingsu (apa tah nama dia) 
RM 12 ke tak ingatt....

Ini pun sedap. Orang ramai puji cendol dia sini sedap. Kena la cuaca hat lit lit ni, memang padu! Masa kami p panas, tetiba hujan sampai kena beralih meja. Over all, semua tiptop! 
.

Kome try la makan sini. Bukan terlebih puji, tapi tekak makan apa saja tanpa kompelin ala-ala pengkritik makanan michelin tu, boleh la. Bukan selalu. Orang masakkan dan belanja lagi. Nikmat mana kau nak dustakan. Alhamdulillah. 
.


Patin tempoyak tu mengoda, maybe next time?? 
.


Ini view healing aku untuk minggu ni. Thank you husband bawak jalan-jalan. 😘 semoga dimurahkan rezeki selalu. 
.

Love, 
Suri hatimu.. 

.