Rabu, Disember 16, 2015

Amy Hilmirda Giveaway 2015

first trial bersegmen, setelah pulun mengedit blog yang tak la serupa diapdet ni. But, I think I might use it for long time perhaps.

Moh~ join segmen kak Amy nih... :)


Macam menarik kan? So, apa lagi... tekan! tekan! jangan tak tekan. 

K. 


Rabu, Oktober 14, 2015

Jalan-Jalan Johor


Jalan-Jalan di Johor | Buat kali kedua Aien jalan di Johor Bahru ni setelah hampir 12 tahun barangkali jejak ke sini pertama kali. 

Tujuan datang sini, saja menghabis sisa cuti mid-sem seminggu sekaligus buat kejutan pada seorang kenalan lama. 

Dari Melaka Sentral ke Larkin Sentral yang mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dengan tiket masa tu berharga RM20 untuk sehala. Mahal sikit la, janji bas pun selesa. Yang tak selesanya adalah pemandu dia malas nak berhenti di RnR. Kesian na kami penumpang ni. 

Tiba di stesen Larkin, kawan telahpun tunggu jom kita jalan. 


Hari Pertama: 

Aien dibawa dinner di Singgah Selalu. Ala~ penah masuk Jom jalan-jalan cari makan. Tapi, serius. Aien tak rekomen kan la restoran nih kalo anda seorang yang cerewet dalam pemakanan. Aien sepanjang journey ni, perut meragam. Mood nak makan pun tak tahu macamana.

Habis makan, pemandu pelancong Aien bawak ke mahkota besar depan istana ni. Actually, orang Johor sendiri cakap, johor tak ada apa-apa. Yang ada hanya la barangan mahal, tempat lepak, dan lampu. Tu je la. 


Hari Kedua

Selamat Ulang tahun pemandu pelancong.~

Ke mana kah kami? tak tahu. sebab semalam dah jengjalan sakan. Tapi gambar je tak ada. Pahtu kami pusing la sampai ke Pontian, ke Tanjung Piai. Gambar atas tu, di Tanjung Piai la. Ada Globe penghujung Benua Asia. Tapi kena tutup disebabkan kena banjir ritu.
 Road to the ------

Antara yang ada di dalamnyer..

Pahtu, pusing kat International Airport Senai. Pusing je la kan. Takkan la nak masuk semata? Kalau masuk of coz kena balik Miri. Kih Kih..

Dah amek gambar ni, sekali kena gelakkan dengan tour guide. 
"Susah-susah ko amek gambo tu, dekat google ada.." 
Cis~ seronok yer kenakan saya.. 
Part paling syiok~ p jengjalan jumpa kakak saya sorang di Pontian. Setelah sekian lamanyer.. baru dapat jumpa dengan dia buat tahun ni.  Catch up story in 20 minute. Sebab lagi rehat pada tour guide kejap.  Pergh~ sangat la. 

Pahtu, maghrib singgah umah kejap. Rehat sementara maghrib. Lepas maghrib sambung lagi. P lepak kat Danga Bay. Tengok orang dan seangkatan dengannya. 


Hari Ketiga


Hari terakhir di sini. Ke mana kita? Ha~ dah tak ingat. ke mana ya? 

Tengok wayang. Kat Tebrau.

Lepas tuh, p Desaru. Rugi sis tak bawak baju. Kalau tak.. ish2.. but nevermind. In syaa Allah ada rezeki.. ada lah lagi. 




Last photo of day outing~ Maka, berangkat la beta pulang ke Tanah Bersejarah. Ada rezeki datang lagi.. 


Edit: Rezeki bukan setakat datang lagi, terus menetap menjadi warga Johor. ♡

Sabtu, September 19, 2015

Survival Camp bersama Kusma

,
 
And Hai Hai sumenyer~ Kabare?? Waras sumernye ke?? 
ah~ lamanya sis menyepi. hakikatnya takde la lama sgt kan 
 
Sis nak cite satu pengalaman sis yang menarik weekend yang lepas. 
 
Pada  11 Sept 2015, sis telah memecah rekod sis untuk mengikuti satu Kem Survival yang dianjurkan oleh kawan sis. Mula-mula macam ragu-ragu la jugak nak p. Tapi, sis gagahkan diri yang sememangnya lembik ni. Alhamdulillah, hasil yang sis dapat dari kem ni adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan.

meh sini~ sis cite la serba sedikit tentang kem survival nih. Pada adik-adik sis yang tak pernah pegi, sis hope sesangat kome sediakan mental dan fizikal yang baik untuk join. k?

 Sepanjang 3 hari 2 malam sis berkampung di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka dengan teman-teman sis nih. Antara xtvt yang kami buat, uolls boleh largekan foto sis di bawah nih. Yang penting, kami TAK mandi.

Tu la yang penting sekali. Segalanya TAK. Bayangkan. Ish ish.. Siap makan dalam daun lagi. Tak ada pinggan spesial. Tak ada cawan. Sib bek la sis ni kaki bawak botol air.

Hari Pertama Kem Survival

Sampai je dah kne ragging dengan Sir Malik. Uops~ hehe kena la tu. Sis rasa teman2 sis sokong sesangat penggunaan ayat di atas. Pahtu malam kteorg buat LDK yang tak la berapa nak menyeronokkan still fun la.. so - so. Don't forget teamate 'Grenade' yang sis kenal. :)
Pahtu, malam tu.. Jeng jeng! kami dibawa masuk hutan untuk rehat a.k.a tidoq! Dengan no camp just canvas. Pergh~ marvelous. hebat! Bahagia sis tdoq mengadap langit Allah yang terbentang luas. Alhamdulillah sis ni bukan la jenis orang yang sentap dengan makhluk lain. UknowwhatImean

Tapi, yang tak syioknyer, al-maklum la sis tak pernah join pogem gini, kaki sis meragam. Jam 0300 sis dihantar turun semula kerana bimbang keselamatan dan kecederaan sis. 

Hari Kedua Kem Survival

Sis gigihkan diri lagi. Pagi, senaman robik yang comel dari exco yang comel serta tarian penguin yang menyebabkan sis terduduk sebentar. phew~ Nasib je la kaki sis yang lembik ni tak tertanggal. ehe~
Lepas breakfast, cepat2 kteorg jln ke taman yang agaknya dalam 5 km jugak la dari Taman Botanikal tu. Menguji lagi kekuatan kaki sis. Alhamdulillah sis sampai jugak. Di sini sis realize something, If you really want it, you can make it! ha~ yanghakikatnyasisselalumalas


Task One - Buat Rakit.
Tara! Guane nak buat rakit?? I imaginekan rakit dengan kayu? ke dengan buluh? ke botol? The worst scenario muncul dalam kepala yang terlebih pandai ni. upenye~ 



Nampak tak muka memasing serius bebno nak buat rakit. Pergh~ Berkali-kali abam2 sado ni, ikat, bukak, ikat, bukak atas sebab Sir Malik cakap, dia takkan naik rakit macam ni. Pergh~ dugaan sungguh! Nasib la labu. Thnx kat abam2 nih la. Gigih menyelamatkan nyawa sis sekalian.

IKLAN::

sis bengang la! mana pergi animated yang comel2 yang sis suka pakai tu????
sedih la macam ni!!! mana pergi awok yang comey belaka!!



 k sambung. 

Lepas dah semua gigih buat rakit, Sir Malik suruh pilih 8 orang untuk naik. Dan kayuh la sampai 500 meter ke tengah tasik. Nerves jugak sis. Takut tak dapat handle. 


Untuk kumpulan sis, ini la muka-muka nyer.. heheh~ Menangis nak naik benda ni. AMARAN: Jangan pijak buoy tu.   Menonggeng jugak nak naik. Kteorang kumpulan terakhir berlepas, tapi dapat no dua sampai patah balik. hehe. Kukuh tak ikatan rakit kami. 

Dah habis sesi berakit, sis collapse. Heartbeat sis macam kena jamming je. Sir  Malik suruh sis minum benda ni >>>



Untuk cover balik energy or something la. Yang penting, lepas minum air masin ni, heartbeat sis kembali normal. :) 
Sir Malik pesan; kalau nak buat aktiviti gini, pastikan tubuh badan cukup air, kalau tak, macam tu la jadinya. Jantung tak dapat fungsi dengan baik. Mula la kita lepas tu, penat la apa dan sebagainya. 100 plus pulak, adalah version yang paling sedap air masin nih. 

Lepas habis semua berakit rehat la kejap sementara tunggu makanan tengahari sampai. tapikan, kami kena rendam dalam tasik yang tak berapa nak wangi tu.

Sebab ada yang bermulut manis menjawab bila Sir tanya nak mandi ke tak.


Masuk je air. Mangai! sejuk bai! Sir Malik suruh rendam sampai paras leher. pahtu, Sir Malik suh rendam habis. pergh! Sis suka sangat bab ni. Dah la memasing nak mengelak basah, alih-alih kena basah habis. Sayang sangat kat Sir Malik nih. 


MORAL:

Al sebenarnya, bukan la sebab Sir Malik sesaja nak rendam, tapi, sebabkan semua lembap dan busyuk, tu la Sir Malik cuci semua. Nak segarkan semuanya. Hasilnya, lepas daripada ni, memasing laju je bergerak. Laju je kumpul. Yang kalau tak, macam kura-kura. Kura-kura pun laju tau. :) Haa~ nampak tak permainan Sir Malik kat situ.

Lepas makan, break solat zuhur, Sir Malik ajar HOW to KAYAK. Seronok! Sebab free time seham kayak la sesuka hati ke mana saja asalkan masih stay dalam tasik tu. Sampai muak ha berkayak. Yang best kalau partner kita tu BFF. haa~ habis gosip mak jemah semua keluar la. 


Muka bahagia berkayak. Even hari dengan jerebu yang agak tebal masa tu. Belakang sis, best friend kesayangan sis. comey kan dia? haa~

Ada lagi gambar mereka teman2 yang lain, sis malas nak post sume. Nanti tengok la sis selitkan dalam gif di bawah~

Lepas solat asar, selesai semua makan malam dan urusan peribadi, kami dibawa masuk hutan. Port yang lain pulak dari malam semalam untuk berehat. Masa ni, kami dibahagikan mengikut kumpulan LDK. Syiok~ dapat la jugak kenal adik2 junior sis yang lain. Hehe~ Buat unggun api sesama. Eh~ sis lupa la. Kami mana ada makan malam. Menu makan malam hanya ubi kayu k. Nasib group sis ada abam yang pandai membakar ubi kayu tu. Serius sedap~

Dah berehat sampai kol 11 lebih, kami dibawa keluar dari hutan untuk NIGHT WALK. Best! Kenangan yang paling lawak dan kelakar sekali. Nih~ sis story.

Kami night walk malam tu, boleh sesat. nasib baik la kami berkumpul sampai tempat sepatutnya. Tapi, disebabkan memasing tak nampak ada orang yang menjaga checkpoint, kami meneruskan 10,000 langkah lagi. Phew~  sis memang dah pancit habis. Gila kau tak pancit lagi. Bayangkan la.. Penat pagi tak habis, sambung la jogging tengah malam, memang collapse terus badan.

Yang ni lagi satu best part, masa night walk tu, sis dapa DEJAVU. You know like, eh~ macam pernah la pergi? kan?? kan?? Sedangkan macam tak pernah jugak kan? Makanya, saya pun tersengih la sengsorang sepanjang night walk tu. Dalam takut-takut Taman Botanikal Melaka yang sedia gelap malam-malam tu, sis cub ingatkan bila yer saya pernah pegi? haha

Malam tu, semua termasuk exco tumbang syahid. hehe. Exco konon nak tough, last2 pagi tu, ada jugak yang terbabas. Hahaha


 Nak buat senaman pagi tu pun lembik je. Macam dah hilang soul dah. Sis lagi la. Ingatkan. Konon. Nak stay up. Kah kah .. Baring la kejap. pergh~ langsung tak sedar. Hope tak ada la benda memalukan.


Hari ketiga Kem Survival

Semua dah tak semangat. Dalam kepala, katil aku!! hahaha main game pun macam separuh hati je. Tapi seronok tengok teman2 sis yang lain, havoc je dorang. seronok. Bahagia. Sis jadi tukang ketawa je la. 
Lepas dah game, akhirnya semua dibenarkan membersihkan diri sebelum majlis penutup. Lepas mandi tu, rasa badan letih sesangat. semua tido sementara menunggu zohor. Sis, dah dapat fon, cek la segala benda. Mangai~ berderet wassep sis. Itu la dia. Masa bukak, krik krik je. Dah tutup, berjela jela mak kau. 
Usai majlis penutup, sesi fotografi. Okay. Tamat la secara rasmi Survival Camp 2.0 anjuran KUSMA. Tahniah la sis ucapkan pada ahli tertinggi berjaya mengendalikan program nih. Even, tak la berapa sempurna. But, still good! Sis tabik dengan korang. 

Nah~ Last. Sis payungkan gambar dengan korang. Hopely, korang takkan pernah serik nak join kem gini. Lagi-lagi spesis manusia macam sis yang suka mereput di kolej berbanding buat aktiviti gini. Sekali dah buat, berlaboi-laboi.
 

 Gambar keseluruhan ahli tertinggi KUSMA, Sir Malik & Abang Maaz, Exco Survival Camp & peserta. 

Team Grenade ^^




Sekian daripada Sis. 

Survival Camp mengajar kita erti kerjasama, kesusahan, diri sendiri, teman dan lawan. It's not just pengalaman, but a new adventure to you.


------apdet----------

Kawan sis baca entry ni, dia cakap kenapa sis tak cerita macamana nak solat memandangkan kami semua tak mandi, tak semuanya and my mistake sis tak cerita about how our good side in three days. Kan? 

1. Macamana nak solat kalau tak mandi? 

- Yakin bahawa baju kamu bersih dan kamu tidak melakukan apa-apa aktiviti yang mengotorkan asas kebersihan and anda sentiasa dalam keadaan kering. 

2. Malam yang sir Malik tak bagi kami keluar daripada hutan sebelum tengah malam? Mcamana solat?

- waktu tu kami, bergiliran mengambil wudhu' cara musafir. Alhamdulillah, Islam kan dah permudahkan segalanya. Daripada satu botol air mineral tu, kami boleh share beramai-ramai untuk ambil wudhu'. Solat pun siap berjemaah lagi dalam hutan. :D

3. Macamana pengisian program ni? 

- Alhamdulillah pengisian subuh sentiasa diisi dengan tazkirah. Seronok walaupun kind of ngantok, sebabnya kai solat di luar surau. Hanya beralaskan canvas dan solat. Rasa nikmatnya udara hutan di pagi hari tu, hanya Allah je yang tahu. haha


Okay, tu je kot. Ade penambahan nanti sis buat lagi. :D