Rabu, Disember 21, 2016
STEP 1: FOR MARRIAGE
Step 1: For Marriage | Hi~ Assalamualaikum
Tahun baru menjelang, Aien pun makin busy dengan perancangan yang besar dalam hidup Aien. Wow~ Aien.. Tahniah!
*shyly smile*
Okay. let's go to the topic. Aien nak cerita la benda basic when you planning to get married. haaa.
Step One: Daftar Kursus Pra Perkahwinan
Alah~ benda ni setiap negeri ada. Cumanya berbeza nilai harga dan cara bagaimana setiap Jabatan Agama Islam setiap negeri masing-masing handle la kan?
Macam last few month, ya ya last year, Aien praktikal ni JAIS Miri, banyak la jugaknya Aien belajar. Secara tak langsung bonus untuk Aien untuk setiap step pendaftaran ni.
Back to story.
First, bila nak daftar Kursus Pra Perkahwinan ni ada DUA langkah. Either you choose to walk in to mana-mana Jabatan Agama Islam or Majlis Agama Islam or Pejabat Kadi la senang untuk semenanjung Malaysia, atau register online di laman sesawang Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Macam hari tu, Aien ingat nak amek kat kolej memandangkan murah la jugak RM80 (harga Melaka) and dekat sebab masa tu Aien ada kat kolej. Alih-alih pulak, dorang MAIM tunda sampai bulan 1. Like what???
Mana Aien nak tunggu kat Melaka sampai bulan 1 semata-mata untuk kursus tu kan? Sedangkan di Miri, Aien boleh je dapat lagi murah.
Tapi, Aien gigih dan gagah pergi la daftar online, nak amek kat Melaka jugak. Done daftar online, tak sempat nak pergi bayar sebab masalah transport. Macam-macam la dugaannya. Memang betul-betul tak suruh amek kat Melaka gamaknya.
So, terbang la sia-sia RM80 yang Aien dah bayar kat kolej tu. Tak dapat claim untuk MAIM, So, I'm done!
Tunggu balik nanti la. En. Tunang pulak dah amek sendiri kat Johor. Sampai hati tak ngajak. :') Nak tak nak kena la ambil persendirian. Tak sweet betul la, kenang amek kursus ni sorang-sorang. Haha
And, bila dah daftar tu, PLEASE REMEMBER PAY ONE WEEK BEFORE THE DATE. haha benda ni yang Aien always terlupa. ish ish ish.. Bila dah sibuk, terlupa yang kita dah daftar, tapi belom bayar. parah! Maka, tunggu la pada hari kejadian yer.. Nasib boleh bayar di kaunter pendaftaran. Dan nasib mereka itu dah kenal tuan diri yang sangat pelupa ini. Kah!
Aien sertakan harga Kursus Pra Perkahwinan seluruh Malaysia bagi tahun 2016.
Sarawak - RM 50
Melaka - RM 80
Johor - RM 120
Selangor - RM 80
Perak - RM 100
N. Sembilan - RM 80
Kelantan - UNKNOWN
Terengganu - RM 50
WP Labuan - RM 120
WP Kuala Lumpur - RM 120
Perlis - UNKNOWN
Kedah - RM 80
Sabah - RM 100
P. Pinang - RM 80
Haa~ macam biasa la. Harga pun pusing situ je. Untung dok Terengganu ngan Sarawak. haha dapat murah..
Seperti kebiasaan bila kita pergi kursus, mesti ada dress code yang kita kena ikut. Untuk kursus kahwin ni, of course dress code dia, berpakaian sopan, lelaki mesti pakai kopiah or songkok dan perempuan memakai pakaian menutup aurat dan memakai tudung.
Sijil kursus pra perkahwinan ni ada setengah negeri macam johor, hanya boleh guna untuk satu perkahwinan je. Kalau tempat lain, boleh guna sepanjang hayat. kan? Iye ke? Rupanya tak. Walaupun boleh guna sepanjang hayat, amat digalakkan mereka yang nak berkahwin lagi mengikuti kursus kahwin kerana mana la tau segala serbi serba nafkah, tanggungjawab dah lupa kan? Niat tu kena betul. Nawaitu kerana Allah SWT. kan?
Till next step, Jaa Nee!
Selasa, Disember 20, 2016
11 days more~
howdy fellow~
Alhamdulillah, dah empat hari aien menetap di rumah sejak hari tu selamat mendarat di bumi sendiri.
Apa buat sepanjang cuti ni?
Biasa. Tolong umi saia, lepas tu...
get ready for next year planning. In syaa Allah panjang umur, ada jodoh ada majlis. haha
fine. Aien tak ada idea nak story apa. Kisahnya cuma nak khabarkan telah menjejakkan kaki di rumah terchenta dan menghitung sisa 2016 dengan penuh debaran kerana 2017 bakal menjelang dengan pelbagai rancangan.
In syaa Allah, kita merancang, dan sebaik-baik perancang adalah ALLAH SWT.
Get ready dear myself to new world..
new experience. the new me.. hehe
kbai. Aien serius tak ada idea. hehe
Rabu, Disember 07, 2016
El Nido Pilihan Bulan Madu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Haaa~ entry gempak kembali lepas beberapa lama hiatus kan?
Mesti korang pelik kenapa tetiba Aien bukak cerita pasal El Nido ni?
al-kisahnya, Traveloka ada buat contest 'You Need a Holiday lah' dan hadiahnya of course la pakej percutian kan?
So, dalam banyak-banyak tempat, pilihan Aien untuk #MyTravelokaEscapade is El Nido sebagai destinasi bulan madu Aien pada masa akan datang, In syaa Allah. :D
Kalau dapat pergi of course en. Hubby senyum sampai langit bila dia tak perlu keluarkan duit untuk flight dan hotel. kan? Apatah lagi El Nido yang cantik, very peaceful and romantic location for honeymoon. Aceh~ Aien teringin nak pergi jalan-jalan terutama sekali pergi ke pulau-pulau atau yang seangkatan dengannya. Traveloka datang tepat pada masanya.
Apabila tiba di El Nido, benda pertama sekali yang orang akan buat adalah hotel. Tempat tinggal. Kan? Di El Nido banyak menyediakan pakej bulan madu yang menarik dan romantic. Cuma kita tinggal nak pilih je mana satu kan?
1. El Nido Resort Miniloc Island
Resort ini sangat sesuai untuk bulan madu. Privasi yang sangat terjaga dan resort ini juga menyediakan pakej yang menarik khas untuk bulan madu. :D
Ada pelbagai pilihan resort, hotel, inn di El Nido. So, in pakej bulan madu yang menjaga privasi tu penting kan?
2. Aberawan River
Cantik kan? haa~ excitednya kalau dapat pergi. *love eyes* Masa ni la, terbayang indahnya dunia. Semua yang ada alam yang terbentang luas. Hati tenang jauh dari hiruk pikuk bandar.
3. Bacuit Bay
Bila dah bulan madu, mesti nak banyak spend time berdua kan? Kayak adalah satu aktiviti menguji pasangan untuk kerjasama, trust each other. Aceh~ yang penting masa ni, nak cakap apa cakap la. Rahsia anda berdua~ :) Bacuit Bay ni adalah zone sesuai untuk berkayak sambil melihat keindahan ciptaan Allah.
4. Snorkeling
Dah nama pergi pulau, of course awak akan spending more time in the water or with water or semuanya water la. haa~ Water is everywhere. Awesome!
Aktiviti seterusnya Aien teringin nak buat bila dapat jejak ke sini is, tu atas dah tulis~ hehe
Snorkeling merupakan satu aktiviti wajib bila dah jejak sini. Kalau anda bukan scuba pro, snorkeling pun memadai. Kan?
haa~ tu dia.. Subhanallah~ cantiknya dunia di bawah laut yang jernih. Excited giler tengok apatah lagi bila dari jauh kita datang dapat buat benda yang kita suka kan? Woo... En. Hubby, awak kena bertahan dengan wife awak yang cintakan air ni yer~ :P
Bila dah berada dalam alam air ni, rasa macam tak nak keluar pulak. Acah jadi mermaid sekejap.
5. Nagkalit-kalit Waterfalls
Dah puas mandi laut, meh mandi kat air terjun yang sejuk. Yeay~ Salah satu tempat yang mesti pergi bila dah jejakkan kaki ke El Nido.
6. Taraw Cliff
Daripada Taraw Cliff ni, kita dapat tengok satu El Nido ni. Awesome kan? Extreme masa bulan madu, yeah~ hahaha
7. Cultural Tour
Mandi pun dah puas, makan dah kenyang, jom kita jalan-jalan tengok budaya masyarakat filipina. Disebabkan mereka adalah negara jiran kita, maka budaya lebih kurang je. kan? Sambil-sambil cuci mata tengok kraf tangan filipina, cari buah tangan untuk kawan-kawan dan sanak saudara.
8. Mankinit Hot Springs
Bila dah puas jalan-jalan, meh main air lagi. Tapi, kali ni main kat hotsprings pulak. Bila dah puas, balik la tido yer.
Tak banyak benda nak buat? Tapi, nama honeymoon. Fokusnya masa berdua bersama en.Hubby kan?
Masa ni la sesi luahan hati, kenal hati budi pasangan kita tanpa orang ketiga. So, El Nido salah satu destinasi pilihan bagi Aien sebab Aien tak suka bandar sangat. Bila dah dapat satu gateaway, nak escape, of course tempat kita mesti kene escape from realiti. Aceh~ haha
Meh la tengok pakej apa yang menarik kat www.traveloka.com.my. Kot-kot ada yang berkenan di hati. Apa lagi~ grab your chance to win this #MyTravelokaEscapade trip.
Mana tau anda di kalangan orang yang bertuah tu.. Sambil tu kite bersaing sihat. hehe Sebelum Aien merapu lagi, Aien nak enjoy keindahan sunset di Las Casbanas Beach dulu. Bai bai~
Langgan:
Catatan (Atom)