Rabu, Julai 29, 2020

Berpantang dengan set pantang budjet Suzyhoney

Berpantang dengan set pantang super budjet Suzyhoney | Walaupun keguguran, seorang wanita itu harus menjaga dirinya demi kesihatan pada masa akan datang. 

Pada mulanya, aku tak berasa sakit-sakit badan sejurus selepas keguguran itu. Namun, selepas pergi sesi scan dan cek kot-kot ada saki baki darah mahupun placenta yang tertinggal, tubuhku longlai dan baru terasa seperti selepas bersalin. 

Kenapa? 

Ikutkan aku plan nak pergi scan 5/8 mengikut appointment aku sepatutnya buka buku pink. Akan tetapi, atas nasihat seorang teman. Akhirnya aku pergi ke KKTU untuk confirmation scanning dan kemudiannya bahagian Kecemasan HSA sekali lagi pada hari selasa, 28 Julai 2020. 

Nota: Selepas keguguran walaupun di rumah kita seharusnya pastikan segala saki baki yang ada dalam rahim telah selamat dikeluarkan. Bimbang sekiranya ada jangkitan pada kemudian hari . 

Kebetulan aku, selepas keguguran tiada rasa nak pitam, demam mahupun apa-apa siptom yang seharusnya dialami oleh orang selepas bersalin. Kerana itu, aku berasa tak perlu kot ke hospital padahal Encik Suami dah mengajak. 

Dan pergi ke KKTU, musim covid ni kena beratur dan khabarkan saja nak scan untuk confirmation misscarriage. Nanti tunjuk la gambar yang ada kita ambil (sekiranya ada) untuk bukti. 

Masuk ke dalam, mereka letakkan aku di bahagian triage untuk periksa tekanan darah. Sesudah itu, baru ke bilik doktor. Diperiksa dan scan perut, ada darah beku dalam rahim yang agak besar. Walaupun janin serta placenta telah selamat keluar. Maka, doktor di KKTU, referkan aku ke bahagian Kecemasan HSA untuk pemeriksaan selanjutnya. Sekiranya ada sakit perut yang kuat, mohon pergi segera. 

Dan aku, biasa-biasa saja. Selepas menghantar anak-anak ke rumah nenek mereka, baru la kami berdua laki bini ke HSA. Di bahagian kecemasan, disoal siasat untuk kali keberapa untuk kepastian. Diminta untuk urine dan blood test. 

Wah, masa untuk masuk jarum blood test, boleh MA tu lupa nak letak alcohol swab. T^T main cucuk je dia punya nervous tak jumpa urat aku. Bila dicakap, dicabutnya jarum tu dan baru disapukan. menangis rasa. But, it's okay. Pengalaman kan? 

Settla kan bahagian kecemasan, dorang refer ke O&G lagi. Untuk kepastian. Alhamdulillah tak perlu D&C. Cuma diberikan suntikan ubat di bahagian peha untuk slowkan pendarahan. Wah, selepas itu bermula fasa mamai. Time ini la bermula jugak rasa kelelahan bersalin itu. Kenapa ya? Kesan ubat barangkali. 

Pesan doctor, sekiranya masih bleeding dalam tempoh seminggu aku diminta rujuk ke KKTU balik untuk scan. Nasib diberikan surat. 

Bila rasa badan dah lemau, aku bercari set berpantang. Kali ini terpikat dengan Suzyhoney Herbs. Ada orang kata, jika keguguran tak payah la berpantang sangat. Tapi, jujur aku cakap perlu sangat-sangat wahai gadis-gadisku sekalian. Badan anda mahu digunakan sehingga hujung nyawa. Jaga la elok-elok. 

Berbekalkan Krim Barut Herba Suzyhoney dan Minyak Serai Wangi dan juga Sabun Herba sangat sesuai untuk kita yang berpantang tanpa anak. Cukup la sekadar menyegarkan tubuh dan emosi sendiri. 


 Serupa losyen. Perlu dikocakkan sebelum guna. Tekstur seperti minyak scrub dan sangat selesa digunakan. sedap rasa badan selepas digabungkan dengan minyak serai. 


Minyak Herba Serai Wangi. Urm, macamana nak describe ya. Macam minyak urut lain kot. Haha 



Berlatar belakangkan pampers anak-anak. tiga produk daripada Suzyhoney aku cuba untuk berpantang kali ini. Murah, sesuai dengan bajet sendu pkpp ni kan. Next nak cuba set pemulihan SuzyHoney yang berupa jamu makan. tengok review macam elok. 




Isnin, Julai 27, 2020

Terima kasih rezeki ketiga

Terima kasih rezeki ketiga | Julai, cerita penuh dengan pelbagai perasaan. Untuk makluman, cerita ini mungkin akan panjang. Emosi aku bercampur aduk untuk tulis entry ini. Walaupun yang ketiga, aku tetap excited menunggunya. 

Sejak bersalin Najmi, alhamdulillah period aku teratur. Namun, sejak Jun lalu dianya tak kunjung tiba. Aku jadi khuatir takut ada yang tersangkut lagi. Siap siaga la dengan UPT banyak-banyak. Seminggu lepas lambat cek, masih negatif. Masuk awal Julai, aku cek double line. Masa tu gembira sebab ada lagi. Takut sebab dekat sangat. Macam-macam la. Tunjuk dia Encik Suami. Dia punya reaksi usah la dicerita. Sama begitu saja. Tidak nampak gembira  tak juga nampak berduka. 😂

5/7/20. First cek UPT. Double line. rasa tak percaya sungguh. 


after one week, aku cek lagi UPT. kerana rasa tidak percaya tu masih ada. Dan keraguan orang sekeliling aku. 

Al-maklum la aku beranak rapat, dorang macam shock aku ada isi lagi.  Excitednya aku berkongsi berita gembira ini tidak diterima dengan reaksi yang baik oleh orang sekeliling aku. Namun, aku cuba kekal positif. 

Sensitif pada bau, nafas mula menjadi pendek, selera makan hilang dan sebagainya. Apa yang semakin jelas aku berisi. Namun, tanpa diduga. 

22/7/20 - seharian aku cirit-birit. Mungkin tersalah makan. Dengan melepek di katil, Nayla dan Najmi bersilih ganti mengajak aku bermain. Pada malamnya, si ayahnya pulak mengajak keluar. Sempat jugak aku pekena Kuey Teow Ladna dan Milo es. Teringin yang amat. Dah dapat, alhamdulillah. 

Pulang malam tu, brown spotting detected. Aku seram. Bagi tahu Encik Suami dia kata betul ke mengandung ke? Aku pun konfius. Plus bimbang kalau ada apa-apa.  Baca la juga reason why boleh spotting. Kalau diikutkan last two pregnancy, masing-masing tiada juga masalah. Tiba-tiba risau kali ni ada pulak hal. 

Esok hari masih bleed, last Encik Suami ngajak pergi PKU UTM untuk cek. Scan perut, doc kata baby around 5w2d. yang mana dia suppose dah 9w.  Cek vagina, clear. Pahtu kemungkinan miss miscarriage. sekitar 50-50 la kan. Aku dah macam -macam fikir. Kenapa la boleh jadi macam dan sebagainya. Mungkin teda jugak rezeki aku sebab kebanyakan respon (orang tua) kurang positif bila tahu aku pregnant lagi. Tapi, PKU UTM teda ubat duphaston untuk kuatkan rahim.  Berbalik aku ke KKTU untuk dapatkan ubat ni. Bila cek HB, urine semua okay tapi bila ikut LMP dorang cakap proses kejadian janin tu bukan dari LMP. Macam salah tarikh macam tu la. Bagi la ubat kuatkan rahim . Ada dua bahagian. Dua biji untuk tiga hari pertama, dan seterusnya sebiji sehari. Aku makan tanpa culas dengan harapan dia masih bertahan denganku . 




Balik kampung seperti biasa, dan pendarahan semakin banyak bila tiba hari sabtu. Dan aku mula rasa macam mabuk, letih yang amat. Sakit pinggang dan lower abdomen. Cakap ngan Encik Suami, jom la kita ke hospital. Risau kot ada apa-apa ke kan. We never know yang kat dalam macamana. 

Ahad, Encik Suami apply cuti dan jam 9 lebih ke Hospital. pergi la daftar diri ke kecemasan. rutin sama jugak. Scan perut, baby dah tak nampak. Cuma ada kantung je. masih 5w2d jugak. Bila cek vagina pun, ntah apa lagi dorang tengokkan. sudahnya hantar aku pergi O&G. 

Wah, naik O&G ni, doctor dia bisa mulut. Membebel sambil cek aku. Repeat scan perut, cek vagina dan scan melalui bawah. Kira cara dia cakap tu, macam pasti la aku ni miss miscarriage. Siap pesan, kalau lepas keguguran ni, tolong la amek perancang. Jangan zalim kat anak. -itu yang doktor tu dok ulang banyak kali buatkan air mata aku bergenang la jugak. 

Suruh aku pergi je Appointment KKTU 5/8 nanti untuk scan lagi. Kalau pasti janin hidup, buka buku pink. Jika tidak, tunggu dua minggu dia turun sendiri. Dan sekiranya tak, datang la serah diri DnC ke hospital.  

Selesai semua di HSA sekitar 12 tengahari, Encik Suami bawak lagi balik kampung. Pekena lagi pizza lepaskan rasa tekak. 

sekitar jam 2 petang, proses pengeluaran berlaku. Dalam masa dua jam. dengan sakit macam nak bersalin (lebih ringan) akhirnya dari ketulan dari (mungkin janin dah pecah) sehingga ke ketulan uri, aku rasa. Wah,, sakit. Dalam tempoh tiga jam. Kemudian, aku teruskan minum air masak, alhamdulillah selepas itu tiada sakit. macam tiada rasa apa-apa. sekadar period biasa. Ternangis sebentar aku melihat ketulan-ketulan darah itu. Datangnya tak dijangka, perginya juga tak ada berita. Dalam tempoh dua jam itu, setiap kali cuci ke bilik air aku snapkan satu per satu gambarnya. Kenangan aku. Bahawa pernah merasai kehilangannya. 

26/7/2020 - 1640 , anak ibu dah tiada lagi. 

Dan aku tiada kata apa-apa lagi. Kejutkan Encik Suami dari lenanya, minta dia tanamkan ketulan yang terakhir. 

Cukup la sepasang ni dulu. Pergi la dikau sayang. moga Ibu dapat besarkan abang najmi dan kakak Nayla dulu ya. 

journal the unexpected tamat di sini. 

5/7/2020 -26/7/2020. 

Selasa, Julai 21, 2020

Rezeki di tengah Julai, menang giveaway by Ejulz dan Mamapipie

Rezeki di tengah Julai, menang giveaway by ejulz dan mamapipie | 


Alhamdulillah rezeki anak. Rezeki tak diduga, di  Keputusan GIveaway by Ejulz, seorang rakan blogger dari Sarawak jugak ni. 

Hish, dia punya melompat tengok keputusan tu. lucky 29.  


Terima kasih Ejulz and Mamapipie buat giveaway nih. Lain kali kita support je apa-apa saja giveaway yang rakan blogger buat. Rakan alam maya selamanya.