Selasa, Januari 26, 2021

Pengalaman pertama minum air gula


 Haiyoooo~ mabuknya masih terasa lagi saat menaip entry ni. Apa laaa, baru ini kali Aien merasa minum air gula seperti kebiasaan dan kebanyakan wanita hamil akan merasainya. Pada mulanya seram jugak kan, ada juga dimomok-momokkan betapa la susahnya nak menelan air gula pekat itu seperti apa saja kan. Namun, Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. 

Kenapa baru pertama kali? 

Oh, jika kalian ndak tau ni kan, rutin minum air gula ini hanya untuk mereka yang: 

  1. Mereka yang mempunyai keturunan penyakit kencing manis terutamanya mengikut susur galur ibunya. 
  2. Mereka yang berusia 25 tahun ke atas. 
  3. Mereka yang sepertinya berisiko. 

Keutamaan ini diberikan kepada 3 golongan di atas. Jika dua kehamilan sebelumnya, Aien berjaya lepasinya dek kerana tidak mempunyai keturunan penyakit kencing manis. Entah kenapa juga ya walaupun sudah berusia lebih 25 tahun, para misi jugak tidak meminta Aien untuk mencuba minum. Mereka senyap, apa lagi kita pun senyap. Ha Ha 

Namun, tidak pula untuk kali ini. Bahkan seawal usia kandungan 16 minggu Aien diminta hadir ke klinik kesihatan untuk test ini. Alasannya sebab faktor usiaku yang sudah capai angka tiga. Nah, dia punya seram malam tu awal tidur. Al-maklum la disuruh puasa sedari jam 10 malam. 

Seawal jam 8 pagi sudah bersama anak-anak dan suami ke sana. Eh, jangan khuatir. Mereka dalam kereta saja. Ibunya aja ni yang turun.

Prosedur untuk minum air gula: 

  • Seawal jam 10 malam harus berpuasa. Tanpa makan juga minum. 
  • Seawal jam 8 pagi hadirkan diri ke klinik. Tunggu sehingga nama mu dipanggil. 
  • Sebelum minum, darahmu diambil. Kemudian para misi berpesan begini begitu caranya. 
  • Selesai itu kamu harus meneguk secawan air gula yang pior lagi manis gitu. Haha 
  • Selepas itu harus juga kamu diam di klinik dengan prosedur biasa check up iaitu kencing dan cek tekanan darah. 
  • Selepas dua jam (sedari jam kamu minum tadi) harus terpacak depan bilik misi untuk pengambilan darah buat kali kedua. 
  • Seusai itu, pulang. Namun dipesannya lagi. Jika bermasalah atau tidak mereka akan kol. Baru kamu tahu kamu itu ada kencing manis atau tidak.
  • Siap! 

Senang bukan? Tips untuk minum air gula? Nah,, perut sudah kosong . Pasti kamu kehausan kan? Teguk saja. Jangan berhenti. Sekiranya berhenti, perasaan itu akan sedar bahaea air diminum itu cukup manis. Awas! tak boleh muntah. Kena ulang lagi semula minggu seterusnya. Jika tak mau.. Kau teguk saja air itu. 

He, kasar kan? Kebaikan kamu juga. Eh.. kepala juga sudah mereng ni. Harap la result ku baik-baik saja. Yang menjadi tanda tanya. Seharusnya aku minum tika usia 24-26 minggu kerna ketika itu kencing manis memuncak. Doktor juga hairan kenapa aku dua kali. Jangan laaaaaaa. Aku harap nanti 24-26 minggu itu tidak harus ulang rutin ini. 

Walaupun senang, tempoh masa kau duduk di klinik itu. sehingga kematu punggung mu, tanpa makan dan juga minum melayan perasaan serta emosi yang cukup lapar, ngantok dsb. amat la membosankan. Eh, demimu anak ku gigih jua. Bisuk kau besar baca la sini. Perginya ibu tinggalkan cerita buat mu. 

Yeay! Si Najmi sudah mau susu botol. But, the probs is dia mahunya tiduran dalam ayun saja. Tengok la nanti rutin dia berubah lagi ke tak. Budak memang macam tu. Kejap gitu, kejap gini. 

Next story kita cerita sesuatu hal berlaku hari ini juga. Keh! Bai!


Isnin, Januari 25, 2021

Koleksi Istimewa sempena 4 tahun Jimmy Scarves

 


Koleksi Istimewa sempena 4 tahun Jimmy Scarves | Walaupun Aien baru je berkecimpung dengan Jimmy Scarves ni baru beberapa bulan, namun Jimmy Scarves sebenarnya telah bertapak dalam industri fashion sejak 4 tahun lalu. Wow, jika diibaratkan dia sang anak tak lama lagi nak masuk sekolah dah. 


Apa special sangat koleksi ni? 

Koleksi Laura kali ini didatangkan dengan 10 warna pastel yang pasti menarik minat para wanita di lusr sana untuk memilikinya apatah lagi hari pelancaran koleksi ini jatuh pada hari penjawat awam menerima gaji. 

Walaupun di musim pandemik yang kian merisaukan, golongan ini lah penyumbang utama kepada penyokong usahawan micro macam Aien ni. Hehe 


Dihadirkan dengan 10 warna berbeza yang semestinya mengekalkan warna-warna selamat kegemaran para wanita. 


Warna yang bakal menjadi rebutan para pelanggan kebiasaannya. Disamping motif floral yang tidak terlalu padat serta gaya semi instant shawl ini pasti menjadi kesukaan para ibu yang sukakan kepantasan dalam persiapan. 


Didatangkan dengan material tudung premium heavy chiffon sebagai badannya serta soft cotton with double stitch sebagai awningnya pasti lembut dipegang mudah digayakan. Apa yang penting koleksi begini mampu menyembunyikan pipi yang agak bulat sejak PKP ni . Okay gurau. Tapi bab sembunyikan pipi tu betul. Korang pun takkan nampak chubby bila mengenakan tudung semi instant ini. Best kan? 


Disertakan juga tanda pengenalan initial Jimny Scarves di awning serta di hujung tudung yang dijahit kemas dengan penuh kasih sayang. Gitcheewww.. 

Penat la menaip dengan suara ala-ala tukang buat iklan. Haa, Aien cuma nak cakap koleksi Laura ni memang selalu menjadi rebutan untuk peminat shawl dan geng cepat siap. 

Sempena pelancaran koleksi Laura ni, dengan setiap pembelian COMBO korang akan dapat diskaun RM20 tau. Lebih jimat lebih murah gitcheeww.. Beli la untuk mak satu, mak mentua satu.. Dua-dua sayang dua-dua dapat. 

Okay la, uolls jika berminat boleh je DM Aien atau spam la like di IG @jimmyscarves_skudai dan sokong la perniagaan micro saya. 

Thanks for reading! 

Jumaat, Januari 22, 2021

English Movie: Outside the Wire (2021)

 


Tajuk: Outside The Wire 

Genre: Action, Sci-Fi

Durasi: 1 jam 54 minit

Pelakon: Anthony Mackie, Emily Beecham, Kristina Tonteri - Young, Bobby Lockwood

Sinopsis: Mengisahkan seorang pemandu drone disatukan dengan pengawai android untuk menyiasat alat hari kemusnahan di sebuah lokasi yang tidak boleh dijejaki oleh para tentera. 


Spoiler Alert! 


Falcon!! First biar Aien jerit dulu. Actually encik laki yang nengok movie ni . Kita tumpang la sekaki. soalan pertama semestinya, Dia ni bukan berlakon dalam Marvel yang jadi Falcon? Ke.. Apa tu.. Encik laki kata iye. Maka nonton ler laki bini. 

Leftenan Thomas Harp masih tak faham kenapa dia kena satu misi dengan Captain Leo ni ke tempat yang dia sendiri tak pernah jejak.

Al-maklum dirinya cuma pemandu drone je. Buat kerja berdasarkan skrin semata. Tetuba kena keluar padang untuk mencari alat nuklear yang direbutkan oleh pihak AS dan Russia. 

Konflik bermula bila Leo dan Harp bertemu dengan Jeneral Viktor Koval punya tentera yang cuba menghalang perjalanan mereka. I was tak faham sangat pada mulanya. Kenapa dorang macam berasingan dengan tentera yang lain. Rupa-rupanya dorang ada misi tersendiri. 

Leo bawak Harp ke tempat yang dikatakan sumber risikannya, bertemu dengan Soffiya. Berjumpa dengan Soffiya membuka perspektif baru pada Harp. 

Bila Leo dan Harp perolehi kod rahsia untuk senjata nuklear tersebut, tetiba Leo berpaling tadah daripada Harp. Siap berpesan pada Harp supaya pulang saja. Namun, Harp ditangkap oleh orang-orang Soffiya.

Di situ Soffiya memberitahu hal sebenarnya tujuan Leo mencari kod rahsia itu. Rupa-rupanya senjata nuklear itu bukan la untuk serang russia, akan tetapi menyerang AS kembali. 

Asal tujuan Leo supaya dia dapat membunuh pencipta dirinya yang cuba untuk menghancurkan dunia dengan peperangan. sekaligus melenyapkan semua rakan seperjuangannya. Namun, bagi Harp itu adalah mustahil. Ada lagi jalan perdamaian lain. 

Sudahnya Leo mati di samping boom nuklear tu sendiri setelah dapat ditangkap oleh Harp. Dan boom itu berjaya dihentikan dengan tembakan drone. 

The end.