Khamis, Julai 15, 2021

FAITH FLEUR: A Gift from friend

 


What a lucky day. Bahagianya hati bila tiba hadiah dari seorang kawan dari Bumi Kenyalang dan dirinya menetap di Senawang. 

Pada mulanya Aien sekadar bertanya tentang shampoo viral ini, Faith Fleur. Banyak kali dengar teringin hendak mencuba memandangkan Aien mempunyai kondisi rambut gugur yang agak teruk semenjak menjadi seorang Ibu. Walaupun itu lumrah, tapi tak salah kita mencuba kan. 

Ditanya sekian-sekian, alih-alih satu set untuk rambut gugur telahpun tiba ke rumah. Terkejut! Moga Allah murahkan rezeki Effa Farizah Binti Ahmad dan permudahkan urusan ibu muda ini dalam perjalanannya menjadi seorang Ibu. 

Aien ingat dia cuma bagi sample set, sekali tengok yang besa punya. Ya Allah. Memang masa tu bertalu-talu mengucapkan terima kasih. Jadi sebagai balasan, Aien buat reviu hasil penggunaan set ini untuk dirinya. 

Pada sesiapa yang mencari shampoo Faith Fleur set rambut gugur mahupun kelumumur boleh hubungi: 

Effa
Shampoo Faith Fleur set rambut gugur ini mempunyai 5 barang seperti yang korang boleh tengok dalam gambar di atas. 

  • Shampoo - pencuci rambut. Selepas sudah basahkan rambut, ratakan shampoo di kepala. Urut perlahan-lahan dan enjoy the smell sekitar 10-15 minit. 
  • Conditioner - Selepas bilas rambut, ratakan perapi di rambut. Kalau Aien, suka ratakan di hujung rambut saja. 😅 
  • Hair Tonic - Penguat akar rambut. Selepas mandi, spray sedikit di kulit kepala. Korang akan rasa berangin sedikit. 
  • Hair Serum - Picitkan di telapak tangan sekadar dua atau tiga pump dan ratakan di rambut. 
  • Hair Mist - Boleh gunakan ketika rambut sudah kering. Kira pewangi rambut la jugak. 

Senang je kan? Nak rambut cantik kena la kerja lebih sikit. Ini la penjagaan rambut Aien sejak menerima set ini. Sampaikan Encik Husband pun terjebak sama sebab rambut dia selalu putus dan gugur walaupun pendek. 

Kadang-kadang Aien gunakan pada Kakak Nayla untuk rambut kerinting dia tu. Bila guna Hair Serum tu, senang je nak sikat. Love it! Kalau tak, selalunya kusut masai dengan pintalan dia tu. 

 Untuk miliki set shampoo Faith Fleur korang sekarang boleh hubungi Effa di: 

Whatsapp


Rabu, Julai 14, 2021

Pengalaman Bersalin di HSA musim PKP 3.0

 


Bersalin di musim Perintah Kawalan Pergerakan bukan la impian semua ibu-ibu apatah lagi khabarnya kena berjuang sendiri. Sudah ditakdirkan itu la masanya, terima la dengan redha. Ada rezeki lebih boleh memilih bersalin di swasta. 

Macam Aien, konon tak nak kena swab test, dengan harapan baby keluar on time. Lari la bila sakit ke Hospital Pontian. Malangnya si kecik dalam perut ni, nak jugak keluar di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Semua kronologi bersalin anak-anak Aien abadikan di sini. Moga esok lusa boleh baca untuk kenangan. 

Anak pertama: Pengalaman Bersalin anak sulong

Anak kedua: Pengalaman bersalin anak kedua


Jadi, untuk tahun ni untuk anak ketiga pulak sebagai Ibu G2 Para 1 yang membawa maksud, hidup anak dua, gugur satu. 


2 Julai 2021 (Jumaat) 

Seawal subuh, bangun melayan karenah anak-anak makin clingy dengan Ibu. Bancuhkan susu, tetiba rasa ada benda mengalir. Check ke tandas, Darah.  Seperti pengalaman sebelumnya, itu permulaan untuk tahu diri telah bersedia untuk melahirkan. Namun, Encik Husband cakap tunggu je la sampai betul-betul sakit baru pergi sebab belajar dari pengalaman baru bukak 2cm je disuruh balik. Sememangnya kami telah siap sedia di rumah mak mentua sejak dua appointment terakhir sebelum bersalin. Bimbang anak-anak tiada siapa yang menjaga mereka. 

Layankan sakit contraction on off. Buatkan diri tak sedap hati sehingga rasa perlu ke hospital. Sekurang-kurangnya kita tahu apa si kecil di dalam baik-baik saja. Sudahnya sehingga 5hb mengajak Encik Husband ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan lanjut. 

5 Julai 2021 (Isnin) 3 petang

Sedari pagi contraction kejap macam kuat dan kemudian gerak baby pun macam dah slow. Hati Ibu ni selagi tak pergi jengah hospital tu, risau yang amat. Dah pucat-pucat muka pergi serah diri ke Hospital Pontian. 

Melihatkan alamat di buku pink, JB misi tanya kenapa lari ke Pontian? Tahu tak Pontian tak ada pakar. Kalau apa-apa jadi sama jugak kena refer ke JB sana. Haha Jawab mulut Ibu sebab berpantang kat Pekan Nenas. Tak nak kena swab test, jawab hati ibu. 

Check CTG baby, ada contraction jantung baby pun cantik. Malangnya jalan baru bukak 1cm. Firasat Ibu mengatakan this journey seakan melahirkan si kakak. Sah anak perempuan FIFA ayah ni. Dan disebabkan esok pun sudah sampai 40 minggu, makanya Ibu ditahan di Hospital saja. 

Tinggal la kakak Nayla dan abang Najmi bersama ayah dan nenek. Sedih jugak bila video call anak-anak muka si kakak mencebik. Tanya Ibu mana. Lumrah betul hati Ibu ni tisu. Anak depan mata menyinga, bila jauh kerinduan. Siang contraction tak kerap. Bila malam menjelang, contraction makin kerap sehingga Ibu rasa tak boleh tido. Berlawan dengan jiran katil. Dia siang kuat contraction. Malam nyenyak tido. Due date 9hb. pun baru 1cm. 

6 Julai 2021 (Selasa) 8 pagi

Selepas sarapan, rutin setiap pagi Ibu mengandung harus diperiksa CTG jantung anak. Malangnya, progress jantung baby 'longkang'. Graf tak cantik. Mungkin disebabkan babh bergerak ataupun tido. Para doktor di Hospital Pontian dah gelisah. Mohon Ibu dirujukkan ke HSA JB. Hati Ibu sudah galau. Dengan perut masih on CTG machine, Ibu di swab test. Rabak idong. Haha Adoo, anak la anak. Memang sudah tertulis takdir anak-anak Ibu semua bakal lahir di hospital yang sama. 

Dengan tangan dipasang drip, Ibu harus maklumkan pada Encik Husband tentang khabar tak berapa nak gembira. Misi juga memaklumkan Ibu untuk cuma bawak barang berharga serta baju baby labour room. Sah, risau Fetal Distress. 

Dalam hati dah sedih, biasanya kesudahan Fetal Distress ni berakhir dengan emergency czerian. Ibu tamau. Cukup la pengalaman Ibu dengan normal saja. Biasa sakit di bawah, kalau boleh Ibu tak mahu merasa pengalaman keluar ikut tingkap. Masa tu dah sedih sangat sampai jiran katil pun tolong pujuk. Thanks akak jiran. Nama dia Marliza kot. Mungkin sama jugak dah berpantang agaknya. 

Jam 10 lebih. Ambulans dah sedia, result RTK pun sudah keluar. Misi pengiring ajak pergi walaupun Encik Husband belom sampai lagi untuk ambil beg. Terpaksa juga ditinggalkan di hospital. Cuma berbekalkan barang berharga dan baju labour room anak. 

Merasa jugak Ibu naik ambulans seumur 30 tahun hidup. Haha Dalam hati tak sudah doa moga sampai di HSA anak ibu masih baik-baik saja dan Ibu boleh hadapi bersalin normal. 

Masih dengan contraction on off, dengan nervous dengan seribu satu macam benda yang difikirkan, Ibu nampak tenang di luar . Tiba di HSA JB, misi pengiring tolong daftarkan, Ibu terus ke PAC untuk sesi selanjutnya. Drip yang ketiga, CTG machine on  progress jantung baby masih tak cantik. Rasa Ibu sebab baby bergerak. beralih posisi. Tapi, bagi housemanship in charge baby mungkin tido. 

Satu tak suka di PAC JB ni, sejuta orang serve bertanya soalan yang sama. menipu la kan sejuta. Tapi, conclusinya begitu. Datang misi, tanya soalan itu, datang housemanship tanya soalan itu, datang pakar . Nah, kena rodok terus. Haha Sakit bak hang. Terus jadi 3cm. 

Jam 1 petang, Ibu dinaikkan ke wad. Untuk menunggu Labor Room yang penuh itu ada kekosongan. Beg pun masih belom nampak bayang. Encik Husband masih misi mencari lunch untuk Ibu yang kelaparan. Risau nanti dah bukaan 4cm Ibu masih belom makan ditolak ke LB, tak ada tenaga nak teran. Terima kasih Allah, datangkan jiran katil yang baik-baik. Semua bagi twiggies. Terisi la sikit perut. 

Jam 3 petang. Encik Husband kata dia dah letak beg di bawah. Kan musim PKP. Barang semua pakat pass je. Nanti misi bawak naik dah bagi. Malangnya Ibu ni dah gelisah dengan tak makan lagi, dengan nak bagi dompet serta gelang tangan yang asyik terlupa nak bagi pada Encik Husband. Nasib Encik Husband tak balik, pakat gado dulu dengan polis penjaga kat bawah, baru dapat naik atas hantarkan. Dapat la Ibu lunch daging salai masak lemak. Alhamdulillah. 

Sakit contraction on off. Doktor in charge kata jam 5.30 petang, sekali lagi check bukaan. Orait, Ibu dah lunch mengantuk la pulak. Ke tandas, cuci muka dan melayan sakit. Nak whatsapp orang semua sedaya upaya nak jimatkan bateri. Risau nanti apa-apa tak boleh nak hubungi suami. 

Jam 5.30 petang. Sakit mula stage 3. Tapi bukaan masih 3cm. Alahai anak. Bila la kau nak keluar. Mak cik-mak cik semua cakap anak-anak Ibu suka tikam nombor. Sama ada 6hb keluar atau 7hb keluar. Dapat Shopee 7.7. Haha 

Sambil layan contraction, Ibu nak tido. Cari tenaga untuk perjuangan nanti. Risau tak ada energy nak push sebab tukang sorak pun tak ada. Sebelum lena, sempat video call anak-anak di rumah. Encik Husband pun baru sampai masa tengah video call. Alahai, sebak betul hati Ibu. Mengharapkan semoga bukaan cepat sikit bukak, Ibu dah tak larat. Nak tengok bebudak. Dah depan mata geram aje. 

Third stage began. 

Fuh, kan Ibu dah cakap. Ini mesti perempuan. Dia punya sakit sebijik sekentut macam pengalaman kakak. Sakit dia macam beranak anak sulong. Ngongoi macam anjing kesakitan. Sampai jiran kiri kanan dok tanya, Ibu ni dimasukkan ubat ke sampai sakit macam tu sekali. Tidak, wahai jiranku. Ini sakit normal tanpa induce. 

Jam baru menunjukkan waktu maghrib. Ibu menarik nafas. Ya Allah.. Rasa macam nak maki orang. Allahu akbar. Bawak istighfar. Bawak baca selawat Nabi Yunus. Tarik nafas. tido lagi. Tapi tiap kali sakit 10 minit sekali tu, sudah berada di tahap sakit 7 per 10. Memang sebijik macam anjing tersepit bunyinya. Satu bahagian wad ibu menunggu bukaan tu dengar. Allah.... 

Jiran katil kata, kak ko bawak la jalan ke bilik air kak. pergi mandi ke. Tapi Ibu, okay. Jap. Risau terteran je kat bilik air tu. Padahal kali ni  ibu tak ada amek air selusuh ke atau air akar fatimah. Sikit pun tak ada. Ya Allah, aku lupa part ni sakit yang amat. Dalam proses nak jadi Ibu-ibu tu, part contraction ni la paling berchenta. 

Jam 8.40 malam Sakit makin kerap diiring rasa macam nak teran. Kak ko okay tak? Nak aku panggilkan misi? Jawab Ibu, tak tak payah. Masih dalam 10 minit sekali sakitnya. Cuma sakit tu laa. Allah.. Risau cek bukaan, masih statik. Itu tak mahu. Ibu bangun. Duduk bersila yoga. Tiap kali sakit, Ibu tarik kaki ke dalam. Dengan harapan, bukaan itu dah makin besar nanti cek. Subhaa naallah. 

Tahan Nur, tahan.. Jom la kita berperang jam 12 tengah malam. dapat anak 7.7.21. Haha Sempat lagi kan. Bukak data, cek wassep, adik beradik pakat tanya. Dah bersalin kah? Ibu jawab belom.. settle double tick. Ibu padam data. Opah wassep pun ibu tak sempat nak reply. 

Cuba turun dari katil. Hati macam nak membara marah kat diri sendiri sebab tak tahan sakit sikit je pun. Haha Dalam hati memang dah menyumpah habis. Cadar putih hospital tercemar dengan darah. Normal la tu. Sakit berhenti bergerak. Kak, ko bawak la ke tandas. Mandi ke, jalan-jalan ke. Kalau tak tahan sangat. Ye. Jap. Lapo. Nak makan. Nak kencing. Semua ada. Dari jam 6 la lebih kurang tak ada gerak ke mana-mana. Sedut baki air milo lunch tadi. Ada misi round tanya siapa nak air panas. Ingat nak bancuh air panas. Leka layan sakit, terlepas pulak. Ada ja air coway dekat bahagian sebelah ibu dah bersalin tu. Tapi jauh sikit la. Okay, jap lagi amek. Aduh, dia punya sakit macam dah tak tahan. Tengok jam.

Jam 9.15 malam. Okay, berita dah habis. Hurm.  Jap. tunggu baby. Ibu nak makan jap. Sumbat twiggies dalam mulut. Sedut milo. Urgh... Jap.. ngongoi lagi. Dengan rasa nak teran.. Allah... Ibu bawa duduk. Kak, ko okay tak? Nak aku panggilkan misi. Jiran katil yang prihatin. Dik, aku doakan ko dah selamat berpantang. Dia, 37minggu. Baby kecik, kena paksa bersalin. Baru dimasukkan belon petang tadi. 

Ibu angguk. Tolong! Aku dah tak tahan. Dengan twiggies masih berbaki dalam mulut. Kenangan Twiggies betul. Misi!! Dengan sekali panggil misi datang. Puan boleh jalan tak? Ibu geleng. Laju misi amek wheelchair. Tapi Ibu masih layan makan. Puan panggil sebab apa ye? Jap. Tahan sakit. Jom puan kita cek jalan. Jam segini, doktor in charge, misi pun kurang. Ye laa, frontliner dah penat serve untuk kobid. 

Masuk bilik cek jalan, kesejukan. Dengan tak sempat sarung mask ke muka, Ibu dah tak tahan. Ada doktor in charge sorang. Malangnya lelaki. Misi pun bacakan details Ibu. G2Para1 EDD hari ni, last cek 3cm 5.30ptg. Haa, hapal gituu.. Adeh, tak leh naik katil. Sakit.. Puan, naik katil baring puan. Kalau sakit macamana saya nak cek jalan? Ye ye. Kejap. Pelan-pelan baring. Pacakkan kaki. Kalau sakit cakap ye. Saya tak cek dulu. Okay. kejap. Okay. dah tak sakit. Misi cek. 7-8cm. Puan ada rasa nak teran ke? Iyee....  Allah..  
Doc, cuba cek lagi sekali. Saya rasa 7cm. Kena lagi cek. Kejap ye puan, saya cek sekejap. Hurm.. 7cm. Strecherrr!! Jerit si misi. Haaa, gelabah jap. Sakit Ibu pun dah macam dah 2 minit sekali. 

Puan, baring atas ni. Dia punya strecher tu besi beralaskan katil putih. Alaa, yang orang selalu guna tolak mayat. tiada span. Ibu dah ngiring menahan sakit. Cuba telefon labor room. Ada kosong? Nasib misi sempat amekkan mask untuk Ibu pakai. Ditolak ke Labor Room. Bilik 14. Bergolek ke katil. Nah, sekali 5-6 staff LB standby. Haa, apa kes? Ulang details tadi. Okay puan. Kalo rasa nak teran teran je ..Belom lagi. Sambil sorang tolong luaskan jalan. Kalau puan rasa nak teran, puan teran je. Onz. Dorang masih mood baru naik, mungkin kes 1 lepas bertukar shif. 3 kali teran, 9.42pm lahir puteri Ibu. 

Kali ni, tiada Encik Husband di sisi. Tanpa pejam mata, tanpa separa sedar, semuanya seakan jelas. Biasa mamai sebab ubat tahan sakit. Biasa 4cm masuk LB, diberikan ubat tahan sakit ko boleh tido. Ini everything was live. Fuh, Alhamdulillah senang. Tapi, kulit cracked. Alhamdulillah normal again. with 1st degree tear. Senang tapi nape banyak jahit jugak? Ye laa, jalan belom penuh dah tak tahan. Gitu la gamaknya. Ibu rasa lepas ni pun kalo beranak pun masih akan konfem angkat punggung atau tak cukup jalan. 😅😌 Tak tahu laa. Cakap memang senang. Tapi, kalau dah sakit semua terbang. 

9.30pm masuk LB. 9.42pm baby keluar. 10.30pm siap. Ibu dibiarkan rehat dulu. Baby keluar, berdengus. Marah dikeluarkan. Haha garangnya, kata doktor yang sambutkan dia. 

Alhamdulillah dipermudahkan. Dengan baju baby tak sempat dibawak sama. Dia cuma berbedungkan siap bertudung ditutupi misi. Bila diingat balik macam kelakar. Semua macam sekejap je. Sambil rehat, pegang baby selfie kat Encik Husband. lepas tu call. Kabo semuanya dah selamat. 

Kol 11 naik wad. Ibu duduk termenung dulu. Itu la hakikatnya. Sambil tunggu misi pusing, nak minta tolong amekkan beg di kawasan petang tadi. Nak mandi. Penat bertarung contraction sepetang badan naik rimas. Tapi tu la. misi yang pusing tu sorang. untuk lebih dekat 50 katil. Sampai misi pada Ibu, baru Ibu dapat cakap minta tolong. Nasib baby dok melayan lena dia, di alam baru. Tengok baby, tengok misi. buka data, menderu wassep masuk. Excited Encik Husband bila semua dah selesai. Dah boleh tarik nafas lega. Satu hal settled. 

Ini la pengalaman Ibu untuk anak ketiga. Alhamdulillah. Semuanya jadi kenangan. 

Hospital Pontian > Swab Test > naik ambulans >  Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru > naik strecher p LB. > semuanya dipermudahkan. 

Terima kasih buat kawan-kawan yang mendoakan Ibu untuk tempoh itu. Terima kasih moga semua doa kalian berbalik pada kalian. Walaupun emosi turun naik masa tu, korang keep support Ibu. 

Alhamdulillah juga, malam bersalin. Esok pagi jam 10 dah boleh keluar. Memang betul la musim PKP semuanya sekejap je rasa. Sedih juga teringat jiran katil di wad memasing dengan pengalaman berbeza. Ada yang dipaksa bersalin, ada yang air ketuban dah pecah. Bayi pramatang. Ada yang bayi besar, first born. 11 jam dalam labor room. Serba serbi. Semoga mereka baik-baik saja dalam tempoh berpantang. Sempat jugak mengubat hati apabila bertemu jiran katil Sabahan yang merantau di bumi selatan. Masing-masing dengan kisah tersendiri. 

Yang penting siapa masuk HSA JB kena swab test dulu musim PKP ni.


Oh ya ,lupa pulak nak cerita prosedure balik bagaimana. Untuk pengetahuan Ibu-ibu semua, uri bayi memang tak akan dipaskan kepada suami dalam tempoh kita dalam wad. Bahkan disertakan ketika kita naik wad. Dan semestinya dibawa pulang bersama semasa kita discharge nanti. Bayi pun sendiri je yang azan atau iqamatkan. Itu pun kalau ingat. 😅 


Waktu discharge sahaja baru suami dibenarkan ambil kita dari wad itupun selepas kita telah selesai pemeriksaan akhir dengan doktor. Dan diri kita pun telah bersiap sedia untuk diambil. Kerana mereka tak mahu para suami bersesak beramai-ramai. 

 
Hari ni dah hari ke-sembilan. Baby dah ada official nama, tapi disebabkan PKP jugak, temujanji dengan JPN, Encik Husband dapat tarikh sebulan dari sekarang. Makanya masih ada masa nak tukar nama. 😂 Tapi, dah okay je nama Encik Husband pilih untuk baby walaupun ibu dok panggil awak Isabel dari dalam perut. Sejak Ibu tahu simptom pregnancy Ibu sebijik macam kakak Nayla dulu. Isabel Nayra - God of Oath dan Beauty. Itu la ibu nak dulu. Tapi sesungguh beras lelaki yang beli. Haha Jadi Ibu abadikan nama lain baby di sini. 

Hai, readers blog Ibu, saya Nadhira Imaani yang bermaksud - Kepercayaanku yang berseri-seri. Anak perempuan kedua in noone family. ❤ 

Here me sign in as newest family member. 






Khamis, Julai 08, 2021

THAILAND DRAMA: Praomook (2021)

 


Tajuk: Praomook

Genre: Romance, Drama 

No of Episod: 15 

Cast: Pon Nawastch, Bua Nalinthip, Krating Khunnarong, Mint Ranchrawee, Meen Nichakoon


Sinopsis: Praomook bekerja di sebuah kelab malam sebagai seorang DJ demi melunaskan hutang bapanya. Kerana salah faham, Praomook tidak berada dalam hubungan yang baik dengan Chalanthorn, yang menyangka dirinya seorang gadis jahat. Suatu hari ibu bapa Chalanthorn meminta Praomook untuk mengahwini anak mereka demi menghindari bad luck seperti mereka remaja dahulu. Chalanthorn sanggup berlakon menjadi seorang yang gay demi untuk menghindari Praomook namun gadis itu tidak mempercayainya. 


MY REVIEW


awwww, meydai naa kaap..  Sempat jugak semalam menghabiskan drama ni sementara melayan sakit yang datang pergi. Lagi berbaki satu episode je pun. 

Berada di ranking no 1 aplikasi VIU tertarik untuk menonton drama Thai ni setelah sekian lama tak tengok. Bukan apa. Drama Thai ni dia gitu laa, pusing² pelakon yang sama. Bukan tak berlaku di Malaysia mahupun Korea tapi kadang kurang berjaya menarik minat Ibu ni nak tengok kan. Iolls tak tau uolls. Ini dari sudut pandangan Ibu. 

Baik la, berdasarkan sinopsis Praomook ni dan pelakon dia agak hensem dan tak pernah tonton drama lakonan kedua actor dan actress yang telah phn mengikat tali perkahwinan based on khabar di Youtube, makanya pasti la berjaya menarik minat Ibu. Sebab Ibu buat review kan? 

Praomook, sukakan Lan dari kecik lagi sejak mereka disatukan oleh keluarga atas alasan untuk buang nasib buruk Lan. Akan tetapi, Lan ni tak la berkenan dengan Mook sebab dia ugly duckling. 

Masa kali pertama setelah dewasa, mereka bertemu kembali di tanah Korea dan masa tu Mook dah lawa dan menjadi seorang DJ terkenal la jugak di sana. Lan cuba la nak ngorat DJ Prao yang sudah tidak dikenalinya. 

Plot cliche, apabila Lan cuba dicederakan di tanah Korea dan yang jadi penyelamatnya namun disangka buruk oleh lelaki itu apabila dia mengetahui DJ Prao adalah Ugly Duckling Mook dia dulu. 

Bermula drama mereka berdua bertarik tali antara love hate relationship. Mook ingat dia kuat nak balas dendam pada Lan yang telah menghancurkan hati wanitanya, lalu membuat perjanjian dengan Encik Lim, ayah Lan dengan mempertaruhkan harga dirinya dengan nilai sebuah rumah yang dipajak oleh bapa Praomook demi menyelamatkan syarikat mereka. 

Asal kejadian begitu la, tapi tak ada pulak cerita panjang pasal syarikat bapa Mook namun atas bantuan Encik Lim, Mook dapat selamat rumah tinggalan bapanya. 

Dengan kontrak satu tahun perkahwinan Lan dan Mook demi wang untuk bayar rumah keluarganya, Mook menahan diri walaupun dia sering saja di cemuh oleh Lan. 

Biasa la konflik dalam drama Thai, banyak sangat watak tapi nasib baik semua hensem. Sehingga the end of drama perjalanan cerita mereka berkisarkan love hate relationship Lan dan Mook, misi mencari siapa yang cuba nak bunuh Lan. 

Dalam 15 episode dengan durasi 1jam berapa minit ntah rasa macam meleret la jugak sebab tiap episode dia macam haa, sama saja la. Dialog gitu jugak. Nasib ko hensem dan lawa. Haha  

Berapa kali kaunter si pembunuh masih belom bertemu pembayang dia walaupun telah dibagi hint sama ada orang terdetik Lan ataupun seseorang yang cuba untuk sabotaj dia. 

Lak, kakak Lan memang berharap agar Encik Lim (ayah mereka) nampak akan usahanya dalam menjaga syarikat itu, namun bagi Encik Lim tidak sama sekali untuk mengangkat menantunya sebagai pewaris kekal. 

Mulanya memang dah saspek abang ipar dia, tapi plot twist tak sangka dia sebenarnya bertopengkan serigala yang memang nak kemewahan keluarga Lak demi kepentingan diri dia sendiri. Dan dia berkahwin dengan Lak bukan atas dasar cinta pun sebenarnya. Lak je yang tertipu. Aiguuu~ 

Kesian dengan watak Lak ni. Nasib la kau dapat laki segitu. Walaupun Lak tak suka Lan dinaik jawatan sebagai pewaris syarikat  tapi tak la sampai nak bunuh si adik tu. Cumanya dia tak sangka yang suaminya juga sanggup bertindak demikian. 


Dan penghujung drama semestinya a happy ending for both of them. The end-