Jumaat, November 05, 2021

PRESTASI BLOG OCT 2020

 



Fuh, baru dapat tarik nafas setelah jauh perjalanan. Okay mari kita bermula bulan 11 dengan khabar dari bulan lalu yang semakin merosot. 




Yang datang singgah sikit, tapi memberi kesan pada mereka agak tinggi dari bulan lalu. Cumanya begitu juga dengan jumlah first with first impressions agak kurang jugak dari bulan Sept. Makin merosot carian google agaknya. Nanti kita cari masa untuk edit dia. Majoriti blogger dah mula cari jalan penyelesaian untuk ikut rentak dari pihak Google ni. 



Seperti biasa, entry yang menjadi tarikan orang ke blog ni adalah pasal buku pink dan bersalin pada musim PKP serta mungkin mereka mencari rujukan untuk musim covid-19 masih melanda ni. Mana tau masih tak sama lagi kan prosuder dia. Yang best review Sa Balik Baju menjadi bualan antara kami blogger apabila blog terkenal as you may know, cetak rompak review dari blog ni. Jadi, blog tu memang kena first strike la dari Aien. Esok lusa dia curi review lagi, memang kena la kan. Sebab tu malas jugak nak review cerita melayu. Haha



Bulan Oktober entry menjadi tarikan ada cerita-cerita melayu yang Aien buat review. Di antaranya: 




Yang lain ada ja, cuma tak meriah la untuk bulan ni. Bulan ni orang ramai ambil kesempatan jalan jauh bercuti dengan keluarga.






Memang masyuk review sejak kes cetak rompak ideas ritu ha. Sekali bila dicari lagi dah lesap dah  dari carian utama. Aiguu~ pening la kepala. Tapi, biar la. malas jugak nak semak kepala sebab I olls dah band dia untuk rompak kali kedua. 

Kalau ikut Google Analytic lagi sedih sebabnya bulan Ogos hari tu Bounce Rate Aien dah cantik turun sampai 75%.  Kira achievement terbesar la untuk Ogos. Tapi, sejak September lalu  bersambung ke Oktober, makin makin makin dah sekarang dia dah kembali kepada 91%. Haa, mana maunya.

Rasa macam, nak edit template ubah sana sini lagi. Aiguu.. Tunggu dana jap.. Dana buat masa ni nak jalan balik kampung. HAHA 



Jumaat, Oktober 29, 2021

Hari cuti spoil bila orang curi review


 

Weh weh weh... Eh, sik ada ampun-ampun kawu eh.. Geram sa ati ku tok. Padahal kawu nya dikenali rame.. Lak orang madah aku curi idea kwu.. bencik ku eh..


.

Apa cerita nya tok? Terkiak kiong..  

.


Ceritanya. Kau sedang holiday. And one good buddies of blogger sharing dia terbaca di satu blog femes ni  review pasal filem Sa Balik Baju as sebijik macam Aien tulis. Macam.. 

Lalu dia berkongsi link blog femes itu kepadaku. Eh, eh.. Eh.. Eh.  Eh.  Kau tau aku rasa nak gelak. Haha 


Aku cakap macam Karya arwah Yasmin Ahmad. Dia kata karya arwah Yasmin Hamid. Sian akak kita. Masih panjang umur beliau, kau seru dia mati? Bwahaha 


Berpada-pada la. Whatever la sis. I don't care. Tak luak pun kau kopipes tu. Cuma tu la kan nak cakap. Review aku ni tak ada la bahasa puitis lagi pujangga. Aku tulis ikhlas dari hati. Apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa la kan. Kau? Rasa bersalah tak tu kopipes aku punya review? 

.


Nak cerita sahih? 

Jap Jap. 

Si pencetak


Mesinnya aku! Nih! Ori Twu 

.


Okay, dah. Aku nak sambung cuti. Lusa up story. Busy nak close Oktober dengan cerita lawak ni tau. Kau, duduk la fikirkan best ke jadi femes dengan korek review orang eh? Hari Jumaat malam sabtu nak suruh aku sumpah seranah orang. Eh, takbaik tau. Aku nak kutuk orang pun nak kasi sampai lebih 500 patah perkataan supaya kau sanggup ke tak nak baca sampai habis. Tapi aku rasa malas la pulak nak taip sampai 500 patah perkataan demi menyumpah orang yang dengan baik mengeluarkan ideas kau keluar daripada kepompong kau sendiri. Bak kata kawan aku, 'kalau dah jadi femes, jangan lupa kitaorang.' Hahaha 

tetiba naik benda ni. Eh. Femes la sangat aku ni. Sampai blogger terkenal pun kopipes idea review aku. eh.  tulun sikit. Tulun ketepi. PERMAISURI NAK LALU NI...  Haa, jaga. Karpet merah jangan lupa. tak tak. Aku tak mau. 


Aku nak makan. Eh. Sedap pulak menu makan malam tadi. Tapi tu la. Anak-anak penat dorang macam overdose sangat. Jadikan ibu dorang ni nak jadi singa. Plus kena lagi orang cetak review kau sejibik tanpa penyedap kata cuma ubah tajuk. Makin la nak jadi naga kau. Bukan calang-calang di Maharaja Lawak tau. Eh. Ke mana asal entry ni. Haa. Maarohhh marrooohh la ni! 


MOVIE REVIEW: PENUNGGANG AGAMA 2

 


Tajuk: Penunggang Agama 2 

Genre: Mistik, Saspen, Thriller 

Durasi: 1 jam 29 minit

Cast: Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Puteri Nurqaseh, Johan As'ari, Rahim Razali, Anna Jobling, Nasir Bilal Khan

Sinopsis: Kesinambungan daripada kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. 

Amir pulak semakin obses dengan kerja sampingan iaitu merawat penyakit dan gangguan kerana ganjaran yang agak lumayan. Sejak daripada itu, dia selalu meyarung jubah putih dan kopiah dan suka digelar ustaz. 

Kehilangan Hanim, pelajar mengaji Anna menyebabkan kekecohan antara Ustaz Amir dan Father Michael. Kredibiliti Amir tercabar apabila Father Michael juga menawarkan pertolongan kepada kedua ibu bapa Hanim dan mula bersangka buruk pada Father Michael. 


MY REVIEW 

Amat jarang okay, Aien nak tengok cerita yang berada dalam genre ni melainkan ada orang ajak tengok. Macam biasa, siapa lagi la kan? Encik Husband dah pasangkan, kita tengok la sekali. Udah ler time maghrib-maghrib pulak tu. Anak-anak pun ikut sama tengok. Haha sudahnya malam tido semua ngigau. 
.

Daripada sinopsis kita dah boleh agak la jalan cerita, hasil arahan Syafiq Yusof ni. Kalau sesiapa yang dah tengok Penunggang Agama 1 mungkin agak dah kot kesinambungan cerita dia. HAHA 
.

Secara keseluruhan bagi seorang bukan pengemar cerita seram begitu, boleh la tengok. Buang boring. Tapi, banyak jugak kutipan yang filem ni dapat balik. Phew~ Ke itu yang 1 punya? Adehh.. 

Sedihnya bila kita tertipu dengan duit yang banyak. Sedih bila kita gunakan agama untuk mendapat keuntungan. Well, kalau benda mistik ni semua orang boleh tengok, tak guna juga kau nak menipu. Kadang-kadang bila berada di temoat tu, kita akan percaya pada 'ustaz' yang kita sangka dia baik dan berniat untuk bantu kita. BUT, somehow bila kau bayar berapa-berapa tu dalam jumah sedikit, rasa macam penyakit kau tu sampai bila takkan baik. Haha 
.

sedih kan? Motif filem ni bagus. Hasilnya pun bagus. Tapi kenapa Nasir Bilal Khan jadi momok? Dia kan pengali kubur. Sian la jadi momok pulak. 
.

Perihal kasyaf pulak, bukan semua orang mahu, tapi bila sudah terkena. mereka hidup dalam kebiasaan yang luar biasa. Allah tutup hijab kita daripada nampak benda yang tak nampak ni. 

Heee` udah la aku buat review malam-malam. K dah la. tu je la nak cakap. Okay je. Kalau ko tak tengok pun tak da hal la, sebab aku pun lari pergi solat maghrib dari habiskan tengok filem ni. Nak sambung lagi memang idok la. Kalau tak, jadi macam ni la. Insomnia. Terbawak-bawak wak dalam mimpi.... Huwaaa~ ibu is penakut...