Isnin, Oktober 30, 2023

Hari ini dalam kenangan



30 Oktober 1937 lahir seorang yang sangat dirindui dan dinanti. Kini beliau sudah tiada lagi. Word yang paling aku ingat sampai sekarang which is — tiada apa yang boleh selamatkan kita melainkan dengan zikrullah dan solat. 
.

Dulu pernah lalu masa 'kuarantin' di mana ubat gigi safi bahan utama untuk bersihkan diri. Tiada fikir lain. Fokus dengan ibadah. Bangun seawal pagi tahajud merintih semoga dipilih menjadi ikhwan yang dirindui oleh baginda Rasulullah SAW. Semoga diri terpilih untuk berbaiah pada Imamul Mahdi. Jika tertinggal tahajud, tak layak untuk berbaiah padanya. Padahal, tahajud tu solat sunat je. 
.

Kini, setelah 16 tahun meninggalkan kehidupan itu, aku rindu. Hampir saja aku meninggalkan semuanya padahal, jika tak mampu buat semua jangan tinggal semua. 🥲 
.

Jauh di sudut hati aku sedih dengan diri aku terlalu lagha dengan dunia sedangkan di sana kita semua menanti hasilnya. Di sini, aku menanam benih-benih dosa yang orang lihat sepertinya berkongsi benda yang melalaikan. 
.

Kita tahu, tapi buat-buat tak tahu. Pernah rasa hidup bergantung 100% dengan rezeki Allah. Tetap juga buta mata. Once again - ketakutan itu mula bermain segenap jiwa dan berharap agar jasad kuat melawan mazmumah dan nafsu dan segera bertaubat. Kita dah tak lama! Naiknya sang liberal sebagai pemimpin, saat itu — kata Abuya Malaysia ini tidak lagi kita punya. Jangan kata main-main la kita hidup dengan zikir sahaja. Lihat semua empayar ekonomi dunia yang dikuasai oleh kafir itu. Seram. Semua dah jadi darah daging kita tanpa sedar. Asbab susahnya bangun solat. Asbab susahnya bertaubat. Asbab egonya dengan Allah. Astagfirullah al adzim. Ampunkan kami ya Allah. 
.

Hari ini, entah kenapa seawal jam pagi susah bernafas dan bersin-bersin kerana hidung tersumbat. Padahal aku baru hendak lelapkan mata leka dengan drama. Hendak sambung tidur seperti tidak cukup nyawa. 

Beberapa hari lepas, aku bercakap dengan adindaku. Hendak ganti puasa yang lama sejak bersalinkan Nayla. Banyak sangat hutangnya. Cukup saja hutang solat, tambah lagi hutang puasa. nauzubillah min zalik jika nyawaku diambil apa aja aku punya di sana kelak? 
.

Nah, untuk hari tiada air ini, seperti percaturan Allah itu hebat. Semoga Nur kuat sehingga hujung hari. Day one of ganti puasa. Semoga kita semua diberikan kekuatan mental dan jasad untuk bertaubat dan beribadah. Jika dikhabarkan esok akan mati, pasti hari ini takkan ada di media sosial. Pasti takkan sempat melakukan apa saja. Hanya merintih agar diberi peluang untuk bersedia segala bekal. Seperti mana aku mengumpul berbekas air untuk kesediaan 23 jam. Jika mati? 
.

Mana kau nak ganti solat kau? 
Mana kau nak puasa kau? 
Mana kau nak bayar semua hutang-hutang kau? 
Sempat kah? 
Sekira masih bernafas, lakukan segera duhai diri. Kamu harus kuat demi kehidupan yang lebih baik di sana. 
Mau berbahagia dengan pasangan dan keluarga kecilmu di syurga Allah. 
.
Anakku Muhammad — perginya kau saat aku kata mahu hadiahkan dirimu pada orang lain sekira lahirnya kamu. Tak sempat ibu merasa punya buku pink kamu pergi. Ibu tanpa perasaan sedih dan air mata berasa lega. Kini, dihantui rasa bersalah. Maafkan ibu nak. Nanti kita jumpa di sana ya. Selamatkan ibu dan ayah serta kakak, abang dan adikmu ini. 
.

Kami tak mahu terus alpa di dunia. Kami takut jika kematian berakhir dalam kemurkaan. Nauzubillah min zalik

Ya Allah,  
Hidupkan lah kami dalam iman, 
Matikan kami dalam iman. 
Semoga apa yang aku pernah belajar dulu dpat diterapkan semula dalam kehidupan tanpa culas. Aamiin. 


Coretan hati rindu. 



Isnin, Oktober 16, 2023

SANTAI PETANG DI STALL BUBUR AYAM KONGEE

 



Santai petang di Stall bubur Ayam KonGee, Nusabayu 


Wahh, lama benaran tak lepak di luar ni kan. Rezeki hujung minggu, adik kelapangan maka kami keluar ambil angin di sekitar Iskandar Puteri dan terjumpa one of the best bubur  favorite local, Stall Bubur Ayam KonGee (Kon-Ji)  yang terletak betul-betul berhadapan dengan My Dobi dan berlatar belakangkan Bayu Angkasa Apartment. 

Dia kan sebenarnya macam nak cari kudapan yang mengenyangkan, maka terjumpa ayam gunting di sini. For me — yang dah lama tak makan Ayam Gunting ni, pandai betul depa ni goreng kasi ranggup walaupun dah setengah jam lepas pembelian. Ayam goreng depa pun sedap dan besar. 
.

Special menu Bubur Ayam KonGee 

Bila dah mencuba seharusnya kita cuba yang special di sini. Selalu kalau saya cari sup atau berkuah memang suka Bakso, maka di sini saya mahu cuba Bubur Bakso Special yang lengkap dengan bebola daging, kacang, daun sup serta bawang goreng sebagai hiasan. Jika korang pengemar pedas, boleh cuba gaul bersama sambal kicap resepi rahsia mereka. Sedap la kata adik saya tu. Untuk saya — hehe not a big fans of spiceness. 

Bubur Bakso Special 

Nayla yang juga kebiasaan not a big fans menu begini jadi habis setengah mangkuk dia bedal sorang.  Katanya sedap~ tekak budak nak menipu ke? hehe 

Kongsi berdua dengan adik, memang jadi kerja mereka berdua. alhamdulillah kenyang anak-anak ibu. 
.
Selain daripada itu, Stall Bubur Ayam KonGee juga menyediakan Bubur Ayam Special yang cukup berbaloi dan kenyang jika pekena pada hari hujan. 


Apa yang special bubur Ayam ni adalah bilamana dia sudah ada cebisan isi ayam, dilengkapi pulak dengan meatball serta ayam goreng sebagai topping. Belum kira lagi rencah sampingan seperti kacang, daun sup dan bawang goreng. Kemudian, diiringi dengan sambal kicap serta chili flakes. Memang sedap la cerita dia kan? I was tried for a bite, and.. Phewww~ boleh tahan KonGee.. Terbaik! 
 

The other thing yang kami cuba adalah set combo ayam gunting dan potato wedges serta sotong king. Quite murah jugak kan? For me sebab bukan selalu makan. 


Duduk healing-healing sambal layan sunset sekejap, ambil angin bersama anak-anak and put down our phone, memang seronok rasanya. Sembang sambil layan dorang makan. Saya rasa gembira bila tengok mereka makan. Nasib sempat snap gambar sosej jumbo tu. Sampai saja di meja, masing-masing berebut nak makan. Ayam gunting pula, saja minta kurang pedas. Cukup sekadar serbuk lada putih sebagai rencah, anak-anak makan sehingga habis. 
.

Pembukaan cawangan baru Stall Bubur Ayam KonGee 


Stall Bubur Ayam KonGee Nusabayu

Korang boleh cuba bubur Ayam KonGee ni di stall mereka sama ada di: 

📍 Berhadapan dengan MyDobi Nusabayu, Iskandar Puteri 
⏰ 3.30 Petang sehingga 10 malam 

Atau 

📍 45D, Jalan Nusaria 7/4, Taman Nusantara, Gelang Patah 
⏰ 3.30 petang sehingga 10 malam


Sekiranya tiada kelapangan di area Gelang Patah, korang juga boleh order ikut Foodpanda juga tau. 

Nak buat tempahan sebarang majlis pun boleh, hanya hubungi nombor yang tertera di bawah: 

📞 012-2448099


Selamat mencuba Bubur Ayam KonGee! Doakan mudahan mereka dapat kembangkan lagi bisnes mereka ke seluruh pelusuk Johor. 







Khamis, Oktober 12, 2023

Randomless Thursday


Hi hi, lama dah tak nulis, kita pun menaip la kat sini. Randomless Thursday story about pagi tadi, aku masak nasi Ayam simple untuk isi rumah macam biasa sambil dengar sinar.fm. Sabtu ni ada Pertandingan Kareoke karoeke called Sembilu Sinar di Toppen JB. Semua dorang sinar.fm turun. 4 hari berturun katanya di Johor. Haa, aku pun la excited nak p. Lebih kepada nak jalan2 aje. lama dah tak jalan-jalan kan.

Story dia lagi — sinar solo rini 'Nak Kata Apa Tu?' Punya topik is - lagu apa sesuai untuk hidup korang pada hari ni. Sambil masa aku dok fikir lagu apa eh. Bermacam perasaan sedih berlalu dari petang semalam sehingga petang ni. Dia macam random jokes dari suami, but it's not at all untuk orang yang tak pandai takes jokes macam aku ni. 

Semalam laki aku ada Majlis apa ek kat tempat kerja lama dia. Segak la pakai dia, tanjak samping bagai. He was happy until dia jokes dengan anak dok tanya — ayah pergi mana pakai macam ni? And dia jawab - pergi kawen. HAHAHAHA Nak gelak pun tak ikhlas.


And diajak la kami keluar. Ehh.. Nak buat random untuk hari ni, bukan dari semalam. cerita dia sedih dari semalam sampai akh rasa macam nak terjebak dengan template viral yang we made it? Tu haa.. Tapi dulu mana la suka amek gambar sangat. Sebab nyampah dengan hasil diri sendiri. 


Long last story.. Sampai ke hari ni, birthday dia aku masih sebak sebab aku tak boleh belikan kek untuk dia dan buat apa-apa untuk dia. Here we come again when suri rumah rasa hopeless tak guna semuanya laa. Thanks tu my adik she belanja smol little kek untuk anak buah dia. Janji semua dapat makan cake. 😊 Atleast we happy for few minute. 
.


happy birthday suami! 💕 

And berbalik pada cerita kita lagu apa sesuai untuk hidup saya hari ni is - 



BATAS SENJA - NANTI KITA SEPERTI INI 

Ini gambaran kita suatu hari nanti
Set'lah sekian lama kita jalani 
Lewati masa-masa berarti 

Kini, ku sudah yakin pada satu hati 
Yang kurasa tepat untuk temani
Sekarang hingga aku tua nanti

Ingin punya rumah 'tuk tempat bermesra
Kau dipanggil ibu, sementara aku ayah 
Bertukar cerita di ruang k'luarga 
Bercengkerama dan menimang buah hati kita

Sederhana 
Bahagia itu lengkap sudah
Sama-sama 
Hingga nanti kita tutup mata

Haaa haaa haaa
Haaa haaa haaa

Ingin punya rumah 'tuk tempat bermesra 
Kau dipanggil ibu, sementara aku ayah
Bertukar cerita hingga lelap mata 
Lalu datang pagi, kau memasak ku bekerja 

Sederhana 
Bahagia ini lengkap sudah 
Sama-sama 
Hingga nanti ajal kita tiba

S'moga saja
Niat baik 'kan terwujud seg'ra

Asla kita 
Percaya dia Maha Segalanya


Jangan dulu lelah, yakin semua indah 
Pejamkanlah mata, padaNya kita berserah


Lirik hujung je la kita simpan. haha 

The end story of the day. Bai bai! Jaane!