Selasa, April 09, 2024

Photo Studio dengan The Empire Studio

 


Salam 29 Ramadan, di hujung-hujung ramadan pasti ramai dah berkumpul ramai seisi keluarga bersama adik beradik yang jauh di rantauan. Masa ni la peluang kita nak abadikan gambar keluarga bersama-sama. Buat pertama kalinya kami sekeluarga ada rezeki buat photo studio untuk tahun ni. 

.

Perempuan dengan kenangan memang susah hendak dipisahkan, itu la dia momento dia bercerita di sebalik gambar. Untuk tahun ni kami berpeluang photoshoot studio bersama dengan The Empire Studio yang bertempat di Damansara Alif, Johor Bahru. 

.

Pakej The Empire Studio 2024 

Untuk beberapa tahun sebelum ini, The Empire Studio akan menyediakan 4 studio yang berbeza iaitu Studio A, Studio B, Studio C dan Studio D. Korang boleh pilih based untuk your minat la..  Macam I memang suka sangat dengan studio D. apa warna baju pun naik serinya. 
.


Pakej 1: RM150 

Pilih 1 studio • shoot 15 minit • terima edited gambar melalui email

Pakej 2: RM200 

Pilih 1 studio • shoot 15 minit • terima edited gambar melalui email • frame 12R 

Pakej 3: RM250 

Pilih mana-mana studio • shoot 15 minit • terima edited gambar melalui email • canvas 20*30 


Menarik kan? For me berbaloi sangat dengan pakej yang ada sesuai dengan kepakaran team The Empire Studio ni. Pada mulanya I risau kot anak bosan ke ape kan. But, no worries, my kids happy je dapat bergambar dapat saranghae comel-comel dari jurugambar studio. 
.

Oh ya, korang ada tambahan jika nak ambil studio lain? Boleh... 

Harga tambahan bagi setiap yang berikut:

Setiap satu studio - RM50 
Instant 4R photo - RM3 
Frame 12R - RM100
Frame 16R - RM200 
Canvas 20*30 - RM150 
Postage - RM20 

 

The Empire Studio 

📍 53-02, Jalan Aliff 4, Damansara Alif, Johor Bahru Johor


Jom la buat tempahan photo studio korang dengan team The Empire Studio ni. 





Our raya 2024 potret family


Berdasarkan 4 pilihan studio untuk semua warna naik aje. Pandai fotografer dia memainkan peranan eh. Memang beza ehh feeling outdoor dan indoor fotograph ni. 


STUDIO A 





STUDIO B




STUDIO C 




STUDIO D 




SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! Jangan lupa book slot anda sekarang dengan The Empire Studio.. Maaf zahir dan batin reader aienienka.com

Selasa, Mac 12, 2024

Salam Ramadan 1445H/2024

 


AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN 


Alhamdulillah direzekikan lagi bertemu dengan Ramadan bulan yang mulia ini. Heningnya pagi bila bangun sahur rindu, bulan puasa jika tak keluar merupakan bulan yang paling sunyi..


Tahun ni nak cuba ajar anak-anak puasa. Alhamdulillah malam sebelum tidur ke main beria semua bercerita nak puasa dan sebagainya. Kesan positif dari perkongsian omar&hana serta mila&mina. 

.

Lepas sahur masing-masing balik ke gebor sambung layan mata. Hari ni Johor cuti, dapat praktik kejap. Rumah bujang sebelah jam 4 dah memasing amek turn goreng telur. Kol 5 dah senyap balik. Begitu la rutin mak-mak apa saja jadi peneman. Al-maklim ler kita ni penakut orangnya. 

.

Semoga tahun ini kita semua diberikan kekuatan dan kesihatan untuk puasa sehingga malam lailatul qadr. Semoga kalian dapat buat dan inginkan apa yang korang hajati.


Salam Ramadan dari Fisah the fish blup blup untuk geng blogger . Tenggelam timbul aje sebab tu jadi the fish. Haha

Rabu, Mac 06, 2024

Terokai Dunia kulinari dengan permainan menyeronokkan

Mengenali Dunia Kulinari dengan permainan tanpa iklan


Hi, Hi reader!! Tak lama lagikan nak baik sekolah, hari tu, koi terjumpa ler satu website menarik untuk anak-anak explore sepanjang cuti sekolah tadi kan. Apa yang lebih menyeronokkan daripada belajar sambil bermain? Nama website tu adalah Culinaryschools.org yang bertujuan memahami kepentingan pembelajaran lebih seronok lagi menyeronokkan kerna itu mereka memperkenalkan permainan interaktif yang mengasyikkan untuk memberi kesedaran pada orang ramai tentang Dunia Kulinari sekaligus memberi pendedahan kepada anak-anak tentang Kulinari. 



Antara permainan yang ada di dalam culinaryshcools seperti:

    1. Bidang Masakan: Uji kemahiran memasak kita dalam cabaran memasak yang realistik. Dari memilih bahan-bahan yang tepat hingga mengatur masa, permainan ini memberi anda pengalaman sebenar dalam dapur. 
    2. Simulasi Pengurusan Kafe: Terokai Dunia pengurusan restoran dan pelajari tentang pengurusan stok, perkhidmatan pelanggan dan banyak lagi sambil membangunkan restoran impian korang.
    3. Padanan Bahan Masakan: Latih minda korang dengan permainan padanan bahan masakan. Sambil itu juga belajar mengenali bahan masakan Dan kembangkan kebolehan korang dalam mengenalpasti mereka dengan cepat. Part ni yang trigger kepantasan fikiran korang. 

Laman sesawang culinaryshcools.org




Kalau korang nak tau laman sesawang Culinaryschools.org bukan sekadar laman web biasa bahkan menawarkan maklumat mendalam mengenai pelbagai institusi pendidikan kulinari seluruh dunia baik kolej kecil mahupun universiti ternama. Mereka yang menampilkan pelbagai pilihan yang sesuai untuk pelajar dari pelbagai later belakang dan perancangan kerjaya.

Salah satu ciri menarik tentang culinaryschools.org ini adalah dorang ni ada sediakan permainan tidak sahaja menghiburkan tetapi juga untuk mendidik anak-anak atau orang ramai tentang dunia kulinari. Dari memasak makanan hingga menguruskan restoran bahkan ada juga permainan tentang ternakan serta pengurusan hotel dan lain-lain. Melalui games yang ada inilah kita dapat mengenali Dunia kulinari dengan cara menyeronokkan dan mendidik.


Antara permainan yang kami cuba



Permainan ini bermula dengan harus menanam dan memelihara bintang peliharaan sebelum beralih ke bidang seterusnya iaitu membuka restoran. Agak teruja untuk diri sendiri sebab suka dengan permainan seperti ini. Nak kena tanam semua Brenda seperti gandum dan pelihara lembu dan menghasilkan duit terlebih dahulu sebelum boleh ke next step. 





Untuk permainan Penguin Cafe ini agak mudah jika dibandingkan dengan Farm Town tadi. Nayla pun suka dengan Penguin Cafe ni sebab memang tarikan untuk anak-anak memahami pengurusan restoran. Memang senang setiap langkah ada diberikan penerangan dan pujian selepas lakukan dengan baik. 





Game Sweet Cooking Chocolate Cake ni favorite Nayla dan adik-adiknya. Senang sangat sampai berebut masing-masing nak main. Arahan yang simple dan siap ada guidelines memudahkan anak-anak faham cara untuk membancuh kek. 


Kesimpulannya

Jangan biarkan pembelajaran tentang kulinari menjadi lebih membosankan. Melalui permainan interaktif yang ditawarkan oleh culinaryshcools.org, belajar tentang Dunia kulinari menjadi lebih seronok dan mengasyikkan. Mulakan hobi baru ini dengan enjoy permainan dan terokai potensi korang dalam industri makanan dan minuman yang sentiasa berkembang. 


Selain daripada culinaryschools.oeg ada juga beberapa laman lain seperti kira berat badan BMi korang, kira-kira dan banyak lagi la. Anak-anak pulak berkenan dengan games aje, memang tak pandang lain. Lagi la majoriti games tu tak ada iklan apabila kita besarkan skrin tu. 
.

Sesekali bila kita buat kek, atau something tentang makanan, selain mereka teruja tak sabar nak makan, anak-anak juga ingin tahu apa bahan-bahan untuk hasilkan sesuatu kek atau makanan tu sedap. heee~ nampak tak potensi hasil dari main game tadi. Korang tekan je mana-mana gambar di atas tu, nanti dia akan bawak korang ke permainan yang korang minat. enjoy!